Ada sesiapa di sini peminat setia aksi Super Spontan? Yes, Mieya tahu mesti di kalangan korang nie ada yang menanti-nantikan rancangan hiburan santai nie kan? Dan ada juga di kalangan korang yang kurang suka dengan mulut laser si Amir I'm sorry tu kan?
Okey, actually bukan pasal tu yang Mieya nak ceritakan kali nie. Mieya nak cerita pasal salah seorang peserta dari kumpulan Angsa Ganas, iaitu Suhaimi. Selepas isu mengenai beliau yang telah menendang perut pengacara SS, Adibah Noor dikupas oleh Apa Kata M? baru-baru nie. Di mana beliau mengatakan bahawa tindakannya itu adalah satu gurauan.
Dengarnya, ada dakwaan mengatakan si Suhaimi Yusof ini lebih popular berbanding Aaron Aziz yang baru saja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke25, baru-baru ini. Eh! Benar kah?
Bagaimanapun, jangan salah faham dengan apa yang nak disampaikan Murai Batu ini. Menurut sumber Murai Batu iaitu Kak Jah, hakikat populariti Suhaimi lebih popular dari Aaron ini memang benar berlaku di Singapura. Di mana tahap populariti Suhaimi lebih gah daripada Siti Nurhaliza sehingga orang di sana sering saja melayannya seperti seorang menteri.
Meneruskan cerita kepohnya itu, Kak Jah memberitahu Suhaimi dikenali disebabkan dia telah sapu semua progam TV di Singapura yang mana dia juga amat dikenali oleh orang India, Cina dan orang putih yang menetap di sana.
Kak Jah memberitahu, Suhaimi kini sudah menetap di Malaysia berikutan dia asyik mendapat tawaran berlakon di Malaysia. Khabarnya, tawaran itu bukan saja untuk program TV, malah ada juga untuk drama dan filem tempatan.
Orang kata, sungguhpun dia dikatakan sudah lebih hebat dari Datuk Siti Nurhaliza di Singapura, dia tidaklah perasan bagus dan sering berikan komitmen luar biasa. Soal bayaran pula, Suhaimi tidak cerewet dan cukuplah apa yang diterima itu setimpal dengan inisiatif dirinya yang meninggalkan periuk nasi kekal di Kota Singa.
Sumber : murai.com.my