Bila Mieya tengok rancangan Melodi semalam, diambil alih oleh pengacara lain iaitu Wahid. Timbul rasa tertanya-tanya, di manakah Zizan? Setahu Mieya, pengacara Melodi yang terkini, tak lain dan tak bukan ialah Zizan Raja Lawak. Tapi, semalam beliau langsung tak kelihatan.
Dan hari nie, Mieya dapat tahu dari Facebook, Zizan telah dimasukkan ke hospital. Jadi untuk mendapatkan kepastian yang jelas mengenai berita ini, seperti biasa laman Mynewshub.my dibuka dengan sepenuh perhatian.
PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.
Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut.
“Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.
“Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot.
“Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil,” ujarnya.
Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja.
“Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih,” katanya.
Sementara itu, Marina berkata, Zizan menyampaikan salam terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di Twitter dan Facebook yang mendoakan kesejahteraannya.
“Dia berjanji akan kembali pulih dan amat terharu dengan sokongan para peminatnya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran yang tinggal tujuh atau 10 hari lagi.
Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.
Semoga cepat sembuh ye Zizan !