Pehhh, hari nie tak tahu kenapa tetiba rasa bersemangat semacam. Mungkin sebab komen-komen positif daripada rakan blogger sekalian di entri semalam kot. Terima kasih korang, sudi memberikan kata-kata semangat di kala diri ini dilanda resah. Jasamu akan ku kenang.
Nah terima lah lagu daripada puteri hati ND Lala, iaitu Shila Amzah. Walaupon video klip nie dah nak genap setahun dah, tapi tak kira. Nak layan jugak.
Bila sebut saje pasal Shila Amzah, Mieya teringat sedutan dari rancangan Propaganza yang mendakwa bahawa Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bergaduh sampai membaling telefon katanya. Tapi, dengan tenang, beliau menjawab bahawa mereka sekadar bergurau manja saje.
Belum lagi habis mengenai isu itu, keluar pulak isu mengenai Shila Amzah dilabel gedik. Dan terkini, beliau dipalit dengan kontroversi membuat aksi tarian ghairah sewaktu persembahan di konsert mania di minggu yang lalu.
Ohhh, What going on actually? Ini mesti sebab ada yang berhati busuk dengan kak Shila nie kan. Tegarnya dorang bertindak secara membabi buta, beri kenyataan tanpa usul periksa tanpa bukti yang kukuh.
Ye lah, kalau dah orang tak suka kita nak buat macam mana kan. Kita tak boleh mengelak dari orang yang membenci kita dan kita tak boleh buat orang suka kita. Always remember that.