Mieya sedang berada dalam keadaan dilema sekarang. Tengah menegangkan urat-urat yang berselirat di kepala dengan secara tak sengaja. Mungkin sengaja ditegangkan, tapi untuk lebih nampak betapa naifnya fikiran Mieya ini, Mieya bagitahu je lah yang Mieya tak sengaja.
Haihhh, dari tadi dengan sengaja dan tak sengaja je. Apa masalahnya entah !
Sebenarnya Mieya tak sengaja membuat semakan kemasukan ke Matrikulasi bagi Lepasan SPM 2011 dan juga Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 tadi. huhu Menyesalnya, gi gatal-gatal tangan pi bukak website tu tadi.
Dan hasil keputusan yang Mieya dapat, sangat-sangat mengecewakan seluruh pelusuk hati, jantung dan juga lemak. Ehh? Apa-apa je lah, tapi yang pasti, Mieya sangat-sangatlah kecewa.
Sudahlah tidak mendapat tawaran ke Matrikulasi, sedangkan kawan-kawan yang lain dapat tau. Kebanyakannya dapat di Kedah. Jelesnya ai. Manakala tawaran ke tingkatan Enam Bawah pula Mieya ditempatkan di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah lelaki, iaitu sebanyak 98%. Ohhh, NO!
Tolong tepuk-tepuk pipi Mieya dan katakan ini hanyalah sekadar satu mimpi. Tolong. Anyone???
And now, nak tak nak Mieya terpaksa gagahkan diri untuk menekan button rayuan ke Matrikulasi. Manalah tahu kalau-kalau masih ada rezeki yang dibuka cukup-cukup makan, khas untuk Mieya seorang je kan. hikhik Cis, dasar keji punya orang.
Walaubagaimanapon, Mieya masih lagi bergantung harapan lagi pada tawaran kemasukan ke IPTA dan juga Politeknik yang dijangka keluar pada bulan 6 keputusannya nanti. Doakan Mieya ye semua.
Sekian, terima kasih :)