cewahhh. kembang hidong 5 cm persegi lah tu. Tengah hari lagi dah kembang, belum sampai malam lagi. haish. Tapi tahu tak, Mieya sedang berada dalam keadaan yang tak keruan. Ini semua gara-gara syarikat Proton Holding Bhd yang telah melancarkan model global pertama kereta Proton Preve baru-baru nie.
Nahhh, Mieya mempersembahkan gambar kereta tu sekadar untuk mencuci mata je. Kalau nak diharapkan Mieya untuk beli, kena tunggu 7-10 tahun lagi lah jawabnya. hekhek Insyaallah :D
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan amat menggalakkan dan pihaknya merekodkan tempahan sebanyak 2,800 unit.
Kereta Proton Preve ini akan mula dipasarkan di Indonesia dan Thailand pada bulan Jun manakala, menjelang akhir tahun akan dipasarkan di Australia pula.
Syed Zainal yakin Proton dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 4,000 unit Proton Preve.
“Saya yakin kami dapat mencapai sasaran itu. Namun, kami mesti mendapat kerjasama daripada institusi kewangan bagi memberi pinjaman kepada mereka yang mahu membeli kereta. Setakat ini, kami memperoleh kerjasama daripada institusi kewangan untuk tujuan itu,” katanya.
Syed Zainal juga berkata kira-kira RM2.5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf bilik pameran Jalan Ampang kepada bilik pameran platinum. Reka bentuk moden bilik pameran itu dengan muka bangunan menyerong dan dinding tanpa cermin, sinonim dengan gaya baru bilik pameran Platinum Proton di Mutiara Damansara.
Beliau berkata bilik pameran itu penting memandangkan ia terletak berdekatan kebanyakan kedutaan dan oleh itu ia mesti berkualiti dan mencerminkan ciri-ciri Proton.
Beliau juga berkata ubah suai bilik pameran itu adalah sebahagian pelan penyepaduan Proton yang diputuskan dua hingga tiga tahun lalu bagi memastikan kepuasan pelanggan.
Berita dipetik daripada akhbar Metro Harian. Sari Berita Bernama peace! :)