Hikhik. Mieya saje je menjenguk blog nie sekejap. Nak tanya khabar, sihat ke tak. Cehhh, rileks lah. Hari nie kan hari Ahad, hari untuk berjimba-jimba, bersantai-santai di samping keluarga tersayang. Tapi, malangnya bukan bagi warga Kelantan dan Terengganu nun jauh di sana.
Bahana perasaan cemburu yang melampaui batas dengan cerita artis kegemaran korang yang memenuhi ruang dashboard Mieya, maka kali nie giliran Mieya pulak untuk membalas dendam. gulp, takutnya!
Hehe, takde lah. Actually hari nie Mieya nak bercerita mengenai artis si cantik manis kegemaran ramai nie haaa...
Amboi Lisa Surihani, semenjak bergelar isteri kepada Yusri KRU, semenjak pulang dari berbulan madu di Eropah, semenjak kenyataannya mengenai profesion guru yang mencabar tu di dada akhbar, dan kini beliau tampil dengan imej baru, iaitu berambut pendek.
Makin lama makin cute pula Lisa Surihani nie kan. Imej rambut pendek yang digayakan Lisa Surihani nie menampakkan dia jauh lebih muda dari usia sebenar. Bagus juga kalau dia kekalkan imej rambut macam nie. Nampak sikit kelainan.