Dengan penuh impresi kebingungan di ceruk ruang kepala hotak dek kerana pening kepala yang menggatal tak mahu hilang, dah dua hari dah. Wajah skrin putih ini (dashboard blogger lah) ku tatap dengan penuh minat.
Ya, di ruang blogger.com inilah yang sering Mieya perhabiskan sisa-sisa masa yang ada sementara menunggu tawaran belajar. Padahal nak hilangkan segala-macam-jenis problematik yang mengusutkan fikiran selama ini.
Problematik tu bukan suatu benda yang sangat masalah. Cuma, hidup adalah hidup. Kita ada banyak persepsi dekat sesuatu benda tu. Contohnya, bila kita tengok satu kotak tu, kita cuma tengok dari depan je. Manakala, orang lain tengok kotak tu dari sudut lain, mungkin dari belakang, atas, bawah. Siapa yang tahu kan?
Sesuatu masalah tu mungkin akan meninggalkan kesan yang sangat baik, atau sangat buruk. Kita tak boleh tahu. Cuma tengok macam mana cara kita handle sesuatu perkara tu.
Sebagai seorang budak mentah yang umurnya baru menginjak ke angka 18 tahun, masih ada banyak lagi perkara yang perlu dicari, dikaji. Bak kata Salih Yaacob, 'gali gali lubang tutup lubang.. lalalaa~
Kadang-kadang, sesuatu masalah itulah yang banyak mengajar kita mengenai erti hidup dan membawa kepada satu pemahaman yang lain. Lain dari hidup kita yang sebelum ini.
Suatu masalah tu sememangnya kita boleh tukar jadi suatu yang sangat best. Sebagai contoh, perkataan bogel pun boleh jadi problem kan? Dari perkataan
dah. Cukup setakat nie saje entri kali nie. Sama ada korang faham ataupon tak dengan apa yang hendak Mieya sampaikan nie, nasiblah. Sebab Mieya sendiri pon dah bertambah-tambah teruk pening kepalanya lepas habis baca entri nie. hikhik