Boyfriend by Justin Bieber

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)

Wahhh, malam-malam macam ini pon masih sempat lagi nak berblogging kan? Takpe, sementara kepala hotak masih mahu mencurah-curahkan idea yang bergelen-gelen. Sementara itu jugak, Mieya manfaatkan dengan berkongsi bersama dengan pembaca sekalian. hikhik :)

Yes! Lihat saje pada tajuk post hari nie dah jelas kan? Bahawasanya entri kali nie ada kaitan dengan teman lelaki Selena Gomez nie. Hmmm, siapa lagi kalau bukan Justin Bieber tu. Ala.. yang popular dengan lagu Baby tuu.

Ya, kawan-kawan! Justin Bieber kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, iaitu Boyfriend. ke korang dah lama tahu pasal nie? haha, nampak sangat Mieya nie lambat mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan. Tak up-to-date langsung. Well, biasa lah tuu.

Mieya baru je lepas download lagu Justin Bieber yang bertajuk Boyfriend nie. dan terus mainkan lagu tersebut dengan sekuat-kuatnya. Nampak sangat tipunya, padahal dengar kat handphone takde lah kuat mana pon speakernya.



So far, this song is better than the rest i think. its because he has a deeper voice now and it suits him when he is singing. Thumbs up Justin Bieber!