Alhamdulillah, rezeki datang lagi !

Assalamualaikum wbt semua :)

Ohh. Sama ada korang sedar ataupon tidak, dah hampir empat hari Mieya tak hupdate belog. padahal tiap-tiap hari buka dashboard belog pakai handphone cikaiku itu sewaktu di kampung dulu. Lepas tu, publishkan entri yang dah siap auto-publish tu.

Sanggup berhabisan kredit RM2 sehari semata-mata nak merisik khabar si belog tercinta. Berbekalkan line yang tenggelam timbul nun jauh di hulu kampung yang terletak di Perak. Tapi demi belog dan juga demi korang semua, Mieya redah jua akhirnya.

Seperti biasa setiap kali pulang ke kampung, sudah pasti mata nie tak berkelip-kelip menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dengan sawah padi yang terbentang menghijau, dengan parit yang dipenuhi air, dengan burung bangau yang putih melepak, dengan bau kelapa sawit di kiri dan kanan jalan, dengan kapal besar di tepi sungai.

dengan macam-macam lagi lah. jenuh lah telinga korang kalau nak Mieya ceritakan kesemuanya sekaligus. hikhik

Dan seperti biasa jugak, bila dah dapat mengonlinekan diri seperti sedia kala. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :

  • mengecheck lambakan email kat akaun yahoo dahku.
  • mengemaskini survey serta maklumat yang berkaitan di Nuffnang
  • menabung tanpa jemu dengan Churpchurp dan hasilnya. . .

mempersembahkan ^^,

APA?!! Korang nak jugak macam nie? KLIK SINI cepat!!!

Syukur alhamdulillah. Lagi berapa hinggit je nak cashout. Biarpon pendapatan Churpchurp Mieya tidak sehebat Pakcik Eyriqazz, mahupon Sis Lyssa Faizureen yang sampai beriban-riban tu. Asalkan ada lah juga daripada takde.

Semua ini pon, berkat dari hasil bantuan korang jugak sama ada kawan-kawan di twitter mahupon blogger sekalian. Yang rajin menekan-nekan link Churpchurp Mieya tu sama ada secara secara langsung ataupon secara tidak langsung. Terima kasih, sayang korang lelebih. hihi :)