Mana pergi hilangnya lambakan entri-entri berinformasi mahupon entri pasal isu-isu semasa yang selalu Mieya publish tatkala kami tengah bersantai sambil goyang kaki? mana? mana?
haha, kuat perasan si Mieya Atiera nie kan. Macam lah ramai orang yang ambik tahu pasal belog cikai daku ini. sobsob T.T
Pagi-pagi lagi, Mieya telah tergerak hati untuk mengemaskini email dan juga mesej yang dah hampir sebulan berkepam di yahoo.com tu. Well, orang biasa macam Mieya nie, apa jadah pulak orang ramai nak send email kan? Lain lah kalau orang-orang glemer macam Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia dan juga Yuyu Zulaikha.
Maka, seperti yang dijangka, kebanyakan mesej yang diterima, majoritinya datang daripada Facebook, Twitter dan juga Churpchurp. Ya, selalunya memang macam tu lah. Tapi berlainan pula dengan kali nie, Mieya telah menerima satu emel yang mengajak Mieya untuk mempromosikan sesebuah laman web.
Nahhh, ini antara kandungan mesej tersebut yang dapat Mieya kongsikan :
Okey, secara jujurnya, Mieya menjadikan belog sebagai tempat untuk merembeskan (mencurahkan) segala emosi yang membelenggu dalam diri Mieya. Sama ada ketika bosan, sedih, kecewa, happy dll lah. A'ah, blogging merupakan separuh daripada jiwa Mieya.
Tapi, bukan semua entri berkisar pasal diri Mieya sahaja. Kekadang Mieya akan pelbagaikan entri tersebut dengan harapan dapat menenangkan hati, melapangkan dada dan juga merileks kan fikiran Mieya dari keadaan persekitaran.
Jadi, kalau bab promote sana sini nie Mieya memang failed ya amat! Betul, tak tipu. Entah lah. tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin pada pandangan korang, Mieya :
- seorang yang funny, happy-go-lucky. Dari segi luaran, memanglah betul. Tapi secara dalamannya tak. Dan takde sesiapa pon yang tahu selama ini Mieya menyembunyikan segala kesedihan dan kekecewaan dengan gurau senda.
- seorang yang bijak bermain dengan kata-kata. Tapi dalam dunia yang sebenar, Mieya adalah seorang yang bercakap bila perlu.
- seorang yang suka meniru. Nampak orang lain promote itu dan ini, Mieya pon buat jugak. padahal saja nak cari pengalaman baru.
Walau bagaimanapon, atas kepercayaan yang telah diberikan, akhirnya telah membuka lubang di hati Mieya dengan seluasnya untuk mencuba sesuatu yang baru. Justeru, Mieya akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempromosikan sesuatu produk di belog ini dengan sebaik mungkin.
Setiap hari, insyaALLAH, jikalau tiada aral yang ngada-ngada nak terlentang, entri pasti akan berhupdate paling kurang pon satu entri sehari. Kalau update banyak-banyak, takut tak terbaca kang korang nanti.
Setiap hari, insyaALLAH, jikalau tiada aral yang ngada-ngada nak terlentang, entri pasti akan berhupdate paling kurang pon satu entri sehari. Kalau update banyak-banyak, takut tak terbaca kang korang nanti.
Jadi, kepada pembaca, silalah terus-menerus menyokong Mieya untuk menongkah arus dalam dunia blogging nie. Mieya masih lagi hijau dan masih lagi memerlukan pendapat dan bimbingan korang semua.
Okey lah, tak mau dah nak taip panjang-panjang. Nantikan entri yang super-lebih-panjang dan berinformasi dari Mieya lepas nie :)
Salam bertemu lagi kawan-kawan :)