Kadang-kadang, bila otak kau stuck sebab banyak kerja (ke tahap nak nazak dah) kau boleh terlupa pada niat asal kau.
Pepagi nie, seawal di jam 5.30 pagi Mieya dah bangun daripada mimpi yang indah. Lepas Mieya iron baju, lalu menutup plug, tiba-tiba Mieya terfikirkan sesuatu.
"kenapa ye Mieya nak bersiap-siap pergi ke sekolah hari nie?"
"Bukankah Mieya sudah habis bersekolah?"
(terfikir satu soalan lalu bersoal jawab, berteka-teki dengan diri sendiri)
"Oh, hari nie result SPM keluar."
"Tapi, kenapa Mieya tak rasa takut, tak rasa gementar seprti kebiasaannya ye?"
Please ask this question directly to my family and also my other-half-self. Disebabkan itu, Mieya jadi begini. Membawa kepada perubahan diri yang mendadak, iaitu sebanyak 90 darjah.
Dahlah, nak buat apa rasa menyesal sekarang lagi-lagi Mieya langsung tak buat salah satu apa pun. Atleast Mieya dah cuba menahan perasaan sedih Mieya daripada terus membelenggu diri Mieya sewaktu menjawab kertas peperiksaan SPM hari itu.
Okey, Mieya nak sambung proses penyediaan sebelum keluar pergi sekolah. Mungkin hari nie Mieya akan datang lambat daripada mereka yang lain. Sebab apa, sebab Mieya tak nak bertembung mata dengan kawan-kawan sebaya yang lain. Segan kot. haha
Salam bertemu lagi kawan-kawan :)