Bella Calamidades, i loikkke it!

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Sama ada secara sedar ataupon buat-buat pengsan, dah hampir lima-ke-enam bulan Mieya melayan telenovela Sepanyol, iaitu Bella Calamidades nie. Kalau dulu orang-orang sibuk bercerita mengenai Marimar, tapi kini tidak lagi. Semuanya saling berkait rapat dengan Bella Calamidades nie.

Walaupun segerombolan manusia diluar sana dah rasa macam agak terlambat bagi makhluk yang tak bersalah seperti Mieya nie, nak termuntah biji halkum dengar dan baca sinopsis pasal Bella Calamidades nie. Mieya tetap berpendirian teguh, nak jugak cerita.

“BELLA CALAMIDADES” bermaksud ‘si jelita bernasib malang’ mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. 




Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.





Jika dibandingkan dengan drama yang berpukal-pukal banyaknya daripada Indonesia. Mieya rasa, telenovela sepanyol ini adalah antara pilihan yang terbaik lah untuk dipilih. Sebab apa? Sebabnya, 
  • jalan cerita yang tak berbelit-belit
Cuba tanya kat sesiapa sahaja di dunia nie, siapa je yang suka tengok cerita (cerita apa-apa je lah) yang berulang-ulang? Seriuosly, memang takkan ada punya lah. Jalan cerita yang straight to the point nie menyebabkan Mieya sentiasa ternanti-nanti untuk menontonnya.

  • kewujudan pelakon yang handsome dan cantik-cantik belaka
Memiliki pelakon yang mempunyai personaliti yang tersendiri serta dilengkapkan lagi dengan mutu lakonan yang berkesan. yeahhh, that's was really awesomeness! Maka, tak hairanlah jika pada setiap 3 petang, Mieya akan melekatkan diri di hadapan televisyen.

hihi, cukuplah dua sebab je mak temah dan pak salim oiii. Kalau nak melebih-lebih lagi sebabnya yang lain, tengok dan layanlah sendiri cerita Bella Calamidades tu. Okey? and then, korang boleh lah nilai dan bagi komen sendiri.