saya single, saya okey !

Assalamualaikum wbt..
Actually, Mieya nak post entry luahan hati nie semalam.. Tapi, oleh sebab mood tidak menunjukkan tanda-tanda kerajinan untuk menaip, entri ini terpaksa dibiarkan sepi..


Ceritanya macam nie.. Pada suatu petang yang mendamaikan, Mieya disergah dikejutkan dengan kemunculan budak-budak yang langsung Mieya tidak dikenali semasa ingin menyiram pokok bunga di halaman rumah.. *ececehhh, rajinnya dia bersiram pokok bagai.. Yang peliknya, masing-masing berpakaian ala-ala pesilat negara gitu.. Setelah puas Mieya mengkaji beberapa muka yang ada di situ, akhirnya persoalan Mieya terungkai jua apabila terpandang akan wajah ketuanya yang iras-iras dengan muka jiran sebelah rumah Mieya.. ohh, budak Bagan Serai rupanya ! memang patut lah Mieya kurang kenal..


Setelah berjaya mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada adik dan emak Mieya, akhirnya barulah Mieya mengerti akan sebab musabab kedatangan dorang ke mari.. Motif kedatangan dorang adalah untuk mempamerkan persembahan silat.. Tapi kalau korang tanya kat mana dan atas jemputan siapa? Sememangnya Mieya hanya akan mendiamkan diri sahaja sebabnya Mieya sendiri pon kurang pasti akan siapakah gerangan orangnya..


and then pada jam 7.50 petang, Mieya tengok kawan Mieya nie pon dah macam cacing kepanasan di luar rumahnya.. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.. Lagaknya, macam nak ajak Mieya melepak bersama dengannya..  Melihat akan perubahan emosi beliau telah membuatkan Mieya tertanya-tanya akan sebab musabab ketidaktenteraman hati beliau itu.. okay, Mieya tipu..

Sebenarnya, Mieya hanya keluar rumah untuk bersembang-sembang kosong je dengan kawan Mieya tu.. Almaklum lah, budak jarang keluar rumah tetiba je nak ajak bersembang bersama, tidak ke pelik rasanya.. Seperti hari-hari yang lepas, kami hanya berkesempatan untuk bersembang dalam jangka masa 10 minit sahaja sebelum masing-masing mengangkat kaki ke rumah.. yee, Mieya faham bahawasanya budak perempuan sememangnya tidak digalakkan untuk melepak lama-lama lebih lebih lagi pada waktu malam..


Akan tetapi, Mieya sekali lagi dihimpit dengan perasaan musykil tatkala kawan Mieya nie kembali menerjah Mieya pada minit yang ke-30 kemudian.. Adesss, selalunya kalau masing-masing dah balik ke rumah, memang seorang pon takkan memunculkan diri untuk keluar lagi.. tapi kali nie, kenapa pulak ye?  Jadi, Mieya dihimpit dengan perasaan tertanya-tanya sekali lagi apabila salah seorang daripada bebudak itu berdiri betul-betul berhadapan dengan Mieya manakala jiran Mieya pulak masih setia di sebelah Mieya.. Haiyo, ada apa hal pulak nie jiran Mieya nie siap ajak budak tu melepak sama-sama nie?  Lagaknya macam nak menjodohkan Mieya dengan budak tu pulak..


Tapi takpe, berbekalkan semangat ego yang tinggi dan sifat pemalu yang sememangnya sedia ada dalam diri ini, Mieya hanya bertindak untuk mendiamkan diri sahaja, membiarkan kawan Mieya bersembang berdua dengan budak silat itu..  Biarkan lah mereka nak cakap Mieya nie sombong ke apa, asalkan Mieya bahagia sudah.. heh~

Actually, Mieya memang tak biasa apabila berhadapan dengan budak lelaki melainkan dengan abah dan abang-abang Mieya je..  Sebab tu, semasa berada di kelas, kalau ada je budak lelaki yang mahu bersembang dengan Mieya,  Mieya dengan sengaja akan mengelakkan diri..  Minta maaf kalau ada classmate Mieya yang terasa di sini..


Jadi di sini, Mieya nak bertanya, salah ke kalau perempuan tu takde boyfriend ye? Mieya pelik lah, kenapa lah kawan Mieya tu sibuk terkejar-kejarkan pasangan untuk Mieya walhal Mieya sendiri pon tidak menunjukkan tanda-tanda berminat untuk berkenalan bagai..  Ohh gosh~ Bukannya Mieya tak pernah menyatakan kepada kawan Mieya bahawasanya sekarang bukanlah masa untuk Mieya bercintan-cintun.. Sudah berbuih rasanya mulut Mieya nie berbicara tentang hal yang sama tetapi mengapakah kawan Mieya masih tidak mahu mengerti lagi?
P/S : kalau kita ada jodoh dengan orang tu takkan kemana juga, sampai ke hujung dunia pun kita pasti akan bertemu semula tau.