Masalah mulut berbau

Assalamualaikum wbt :)

how's your day today, guys? hopefully it is the great day for you all. Kali ini Mieya nak membebel pasal bau badan dan mulut. Boleh kan?  okay,  mari kita lihat sejauh mana masalah mulut berbau boleh menganggu rutin kehidupan seharian korang. Ya, impak yang diberikan memang cukup besar dan tidak patut dipandang remeh..

Kadang-kadang, disebabkan bau mulutlah orang tak mahu berkawan dengan kita atau semakin menjauhi kita.. Maksud menjauhi yang Mieya ingin terangkan di sini ialah, kalau kita bercakap dengan seseorang, orang itu akan memalingkan mukanya atau kita nampak dia seboleh-bolehnya nak berada dalam jarak yang lebih jauh dengan kita.. Tidakkah perkara ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan keyakinan kita berkurangan?

Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?


a. Penyakit sistemik
Penyakit sistemik atau kelainan yang dideritai oleh seseorang boleh menimbulkan keadaan mulut berbau yang menunjukkan seseorang mungkin menghidap kencing manis atau diabetic ketosis.. Mereka yang menghidap penyakit ini boleh terhidu bau acetone iaitu satu bau aromatik yang boleh dikatakan agak selesa atau manis.. Bau ini, biasanya mudah dan dapat dikesan dari tepi katil seseorang pesakit diabetes sama ada oleh pakar perubatan atau doktor pergigian..


b. Jangkitan bakteria anaerobik
Jangkitan bakteria yang tidak sesuai pada udara dan tisu peridontium (gusi) dari rongga mulut merupakan faktor utama mulut berbau.. Bakteria ini, berkumpul, berkembang dan membiak kerana beberapa faktor seperti penjagaan gigi yang kurang rapi dan tidak teratur menyebabkan pembentukan plak mudah berlaku.. Plak atau jisim kumpulan sisa makanan, gagasan bakteria dan hasil rembesan air liur merupakan suatu unsur yang menyebabkan rongga mulut berbau busuk.. Ketiga-tiga faktor ini kemudiannya, mengalami proses pengapuran kalsifikasi yang menghasilkan medium untuk pertumbuhan bakteria yang merosak struktur gigi dan tisu gusi.. Justeru, amalan berkumur setiap kali selepas selesai makan banyak membantu dalam penjagaan kebersihan gigi dan tisu rongga mulut..


c. Penjagaan gigi
Kurangnya penjagaan kebersihan gigi dan tisu mulut sama ada di rumah atau kunjungan ke klinik pergigian boleh menyebabkan kerosakan pada tisu gusi.. Di samping itu wujudnya saku pada gusi yang melekat pada leher gigi memudahkan berlakunya penyumbatan dan penyimpanan sisa makanan antara leher dan celah akar gigi.. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, mulut bukan sahaja berbau malah tisu periodontium akan rosak, akibatnya gigi akan terkeluar dengan sendirinya kerana ketiadaan tisu pendukungnya.. Tabiat ini juga mempunyai banyak hubung kaitnya dengan jangkitan atau radang pada struktur gigi dan tisu pendukung yang menyebabkan mulut berbau..


d. Ubat-ubatan
Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan mulut seseorang berbau.. Rawatan penyakit herpes labialis atau dikenali sebagai penyakit pecah-pecah ulser pada bahagian pinggiran dan sudut rongga mulut yang menggunakan ubat dimethyl sulphoxide sebagai salah satu ubat yang menyebabkan mulut berbau..


e. Tabiat tidur berdengkur
umumnya, tabiat tidur berdengkur menyebabkan mulut menjadi kering.. Secara tidak langsung ia memudahkan berlakunya radang dari virus dan bakteria pada mukosa mulut.. Ia mempunyai hubungan dengan keadaan fisiologi tubuh semasa seseorang tidur nyenyak atau dalam keadaan berehat, kadar pengeluaran air liur dari kelenjar air liur di muka dan leher menjadi sangat minimum..


f. Jangkitan pada gigi
Ozaena merupakan suatu istilah khusus untuk bau dari suatu penyakit rongga hidung atau rhinitis yang sangat serius tetapi insidennya terlalu jarang dilaporkan..  Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya akan mengalami radang pada membran mukosa yang melapisi rongga hidung.Akibat proses ini, membran tersebut akan mengalami proses atropi iaitu suatu keadaan patofisilogi dari sel, di mana sel tersebut mengecil dari ukuran asalnya..  Keadaan ini secara tidak langsung mengeluarkan suatu jenis cairan rembesan hidung yang tebal dan kental.. Kesannya, ia akan menyebabkan bau yang dikeluarkan pada mulut terlalu busuk..



p/s: Jadi, mesej yang Mieya ingin sampaikan ialah jagalah kebersihan badan dan mulut kita agar kita sentiasa disenangi ramai..