Hari ini, seperti yang Mieya janjikan semalam bahawasanya Mieya akan bercerita mengenai pengalaman Mieya sewaktu di UNISEL kan? Okay, here we will go.. (tuan punya belog sedang berusaha untuk mengingati semula jalan cerita sepanjang program ini berlangsung khas untuk tatapan kawan-kawan sekalian.. hope sangat korang bersabar ye:)
22 Apr 2011
yaa, Mieya telah berjaya bangun seawal jam 5.30 pagi kerana terlalu excited menunggu saat-saat yang ditunggu-tunggu.. eh, kejap kejap, something wrong with this sentence.. Tapi takpe lah, buat-buat faham je la ye.. -_-"! Pagi-pagi tu, sekali lagi mieya menggunakan khidmat abang Mieya untuk menghantar "adik kesayangan" dia ke sekolah..
Setibanya Mieya di sekolah, rata-rata pelajar di sekolah tidak kira dari arah kiri , kanan, depan dan belakang pandang-pandang, jeling-jeling Mieya.. Maybe sebab Mieya membawa dua buah beg yang besar macam orang nak lari daripada rumah lagaknya.. HAHA, so what?? Then, tepat jam 8.10 pagi kami pon bergerak ke UNISEL dan selamat tiba pada jam 10 pagi.. Di sana, kami dikejutkan dengan kemunculan ex-student SMK Taman Medan iaitu abang Praba@daniel.. wahhh, semakin berseri-seri muka beliau sekarang nie.. Setelah selesai sesi pendaftaran, kami pon duduk menunggu giliran untuk mengambil bantal dan kunci rumah..
p/s : gambar ini telah ditangkap secara CANDID.. |
Kami telah diberi masa selama lebih kurang 45 minit untuk bersiap-siap ke masjid.. Memang gila kentang lah, berbekalkan masa yang sedikit aku serta roomate aku (mira and bell) mengambil keputusan untuk bersiap macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok tu.. (cuba ingat balik, macam mana dorang bersiap nak pergi kerja..hehe) Hari ini, kami akan berada di masjid seharian kerana aturcara pada hari ini hanyalah untuk mendengar ceramah je.. Takpe takpe, majlis ilmu tu..
Then, pada jam 9.00 malam kami bergerak pula ke Dewan Biru untuk aktiviti ice breaking.. Kami telah diberi tugasan untuk mencipta tagline sekolah sendiri dalam masa 10 minit.. Pada peringkat awal untuk memikirkan gaya persembahan tuw memang rumit sebabnya semua orang nak bercakap dalam satu masa.. but, memandangkan masa terus berjalan, kami sepakat untuk membuat tagline berunsur komedi sedikit.. and dalam masa 5 minit, kami sudah pon berada dalam mood bersedia walhal bebudak sekolah lain masih lagi terkocoh-kacah memikirikan tagline sekolah dorang..
Suasana di dalam dewan sangat-sangat bingit dengan persembahan hangat daripada setiap sekolah.. and apabila tiba sahaja giliran sekolah Mieya, kami memulakan langkah dengan gaya pergerakan tangan seperti usop wilcha yang mengundang kontroversi dan sensasi dari semua pihak di dalam dewan tersebut..
wajah-wajah pelajar yang tiba awal di dewan :) |
tapi, nak buat macam mana kalau Mieya sendiri alergic sangat dengan incik L nie..) Tak lama kemudian, kawan-kawan dari rumah sebelah pon datang.. Thanks korang ! Setelah memastikan rumah kediaman Mieya,mira and bell bebas daripada lipas, Mieya dan roomate Mieya terus mengeluarkan beg pakaian lalu berpindah ke bilik Bell.. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menyendal pintu bilik dengan sehelai kain..
wahhh, nak ceritakan aktiviti selama satu hari pon dah panjang berjela-jela sebegini, inikan pula nak cerita aktiviti selama tiga hari? ohhh, tak sanggup mak "-_-" lagi-lagi dengan keadaan badan yang tak berapa nak sihat.. So, dengan ini Mieya akan menyambung entry seterusnya di lain waktu.. Nantikan je la ye entry yang seterusnya? Salam bertemu lagi ~