Kali ini Mieya nak berkongsi tips memiliki kuku yang cantik dan sihat.. Tak guna kalau muka cantik tapi kuku nampak buruk dan kekuningan..
Perempuan kebanyakannya gemar berkuku panjang mengalahkan kuku harimau kumbang.. Hishh lelaki pun bukan kesemuanya berkuku bersih dan kemas tau... Mieya tak faham betul kenapa lelaki suka membela kuku panjang di jari kelingking?
Kemungkinan 1 : kuku itu di buat jadi alat pengorek taik telinga
Kemungkinan 2 : Sedap bila garu tempat gatal
Kemungkinan 3 : Saja suka-suka
Sememangnya, kuku yang cantik boleh membuatkan kita lebih yakin. Tak perlu nak bazirkan duit buat manicure pedicure lagi. tapi kalau mampu,tak salah nak belai kuku kat saloon pun.
Jadi, ikutilah tips ini untuk memiliki kuku yang cantik dan sihat.
- 1. Potong kuku secara empat segi atau melengkung, Kemudian dengan mengunakan pengasah kuku, bentukkan kembali kuku anda dengan sempurna.
- 2. Bentukkan satu arah sahaja. Jangan ke kiri dan ke kanan. Ketika mengasah pula, lakukannya dengan berhati-hati. Jangan sampai cedera.
- 3. Setelah siap dibentuk, seelokknya rendamlah jari jemari dalam air suam. Biarkan selama tiga minit. Kemudian keringkannya.
Kenapa perlu jaga kebersihan kuku?
sebabnya kuku melambangkan keperibadian diri anda!