BEN ASHAARI : Bloglist April 2012

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan ke bulan. Akhirnya, bulan Februari akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi mulai sekarang. Terasa macam sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan kita.






Sama ada korang perasan ataupon tak, Mieya dah lama tak join segmen yang dianjurkan oleh pakcik bengbeng nie kan?  Bukannya apa, Mieya selalu je terlepas pandang setiap kali pakcik bengbeng buat segmen nie. 


Jadi, sekarang adalah masa untuk membalas dendam yang ditunggu-tunggu selama ini. Tengok daripada tajuk segmen pon dah tahu, mesti best punya. Sebabnya, kita boleh saling bertukar-tukar link disamping dapat membantu meningkatkan trafik ke blog antara satu sama lain. 


Kiranya macam win-win situation lah. Dua-dua pihak mendapat keuntungan masing-masing. Barulah adil dan saksama, ye dak? 


Jadi, ada sesiapa yang berminat nak bertukar link dengan blog Mieya ke? Okey kalau ada, senang je cara-caranya. Hanya dengan meninggalkan pertanyaan (lebih kurang seperti dibawah) di ruang komen entri nie,
“ANDA BERMINAT UNTUK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Maka dengan kadar segera, Mieya akan memasukkan link anda ke dalam bloglist di sebelah sidebar nie. dan pastikan korang pon melakukan tindakan yang sama dalam masa 24jam. Kalau korang gagal berbuat demikian, maka secara automatiknya permintaan untuk bertukar link dibatalkan. Okey, adil kan?

Wordless Wednesday #9 | Etika blogging

sumber gambar : Lumos maxima


Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Kesihatan didahulukan, pencapaian blog diutamakan!

Assalamualaikum wbt kalian :)

Cuaca di Petaling Jaya sekarang agak kurang menentu. Sekejap panas sampai berpeluh-peluh ketiak, sekejap takde angin takde ribut, hujan dengan lebatnya.

Maka, tak hairanlah jika ramai yang menghidap penyakit demam panas dalam cuaca yang sebegini rupa. dan  semestinya Mieya tidak terkecuali. Jadi, rehat adalah perkara paling bagus untuk dilakukan buat masa sekarang. Rehat demi kesihatan diri sendiri.

Dengan hanya berbekalkan bakat menaip disamping merepek tak tentu pasal yang Mieya miliki ini, maka entri hari nie menjadi ringan ringan sangat sangat. Tak perlu penat-penat nak mengerah kepala hotak untuk mencari mesej tersurat mahupun yang tersirat.

Walaupun korang perasan yang Mieya semakin aktif dengan berbelog, sehingga hampir setiap hari belog ini diupdate dengan entri baru, siap Mieya boleh berblogwalking lagi. Tapi, itu bukan bermakna Mieya harus mengabaikan kesihatan tubuh badan dengan sewenang-wenangnya.

Masa berblogging boleh dicari ganti, tapi kesihatan diri tak boleh. Mieya takkan gadaikan kesihatan tubuh badan begitu saja dengan bersengkang mata dengan berbelog. Tidur yang secukupnya adalah perlu. Jaga kesihatan diri adalah keutamaan. Berblogging sekadar hobi sampingan sahaja. 

Tips berblogging

Dalam dunia blogging, jika ada blogger nya, maka ada jugalah entrinya. 

Jika entri yang dipublishkan sehangat pisang goreng,
maka hangat jugak lah blognya dengan pembaca yang setia.

Jika si empunya belog glemer, pandai bergaya dll,  maka dia layak digelar retiss.

Jika si cantik dan si kacak hanya menaip sebaris ayat sahaja,
maka tak hairanlah bila banyak komen yang berpusu-pusu tiba.

Jika bilangan follower nya bertambah menjadi beribu riban
maka tidak hairan jika mereka digelar blogger hebat.



Sebagai blogger, pernahkah korang berangan-angan untuk memiliki follower beriban, belog dibaca oleh banyak banyak banyak blogger, blogger lain membuat entri 
pasal korang, berangan dapat earning Nuffnang banyak-banyak, komen entri mencecah ke angka ratus-ratus, bila korang keluar mesti ada yang tegur. PERNAH TAK?


Suatu masa dulu dan mungkin juga sekarang, Mieya pernah. Beracapkali Mieya 
pernah memandang rendah pada belog sendiri. Tapi, walau berbagai-bagai macam
apa pun pandangan negatif yang terkumpul di sanubari. Mieya cuba lupakan.
Semua angan-angan tersebut, Mieya lenyapkan satu persatu.

Mieya perlu kuat. Bangkit daripada terus dibelenggu dengan rasa kegagalan.
Jadi, jangan tanya mengapa Mieya tak pernah berundur walau selangkah pon daripada dunia blogging. Mieya dengan belog umpama pasangan belangkas.
Hanya takdir dan berukband sahaja yang dapat memisahkan pertalian antara kami.

Mieya berbelog adalah sebagai hobi selain menggantikan hobi berkebun yang
sering kali tak menjadi dek kerana sering dimamah oleh sang tikus. Agaknya, tempat yang kurang strategik mungkin. -,-'
Di samping itu, belog juga sebagai tempat tadahan kesedihan dan kegembiraan Mieya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semua ini demi kepuasan hati sendiri jugak. sebab tu, Mieya cuba berbelog secara sihat. Menjadikan sesiapa sahaja di muka bumi ini sebagai idola. supaya dapat menikmati kesan yang baik dan positif di kemudian hari. 


Kenapa agaknya Mieya membuat entri sebegini?

Sebab Mieya rasa perlu kot, saling berkongsi pandangan antara satu sama lain. 
Mieya pon macam korang jugak. Menulis entri dalam blog picisan. kurang dikenali, maka kurang jugalah jumlah follower beserta  komentarnya. 


Tapi sekurang-kurangnya, Mieya gigih berusaha. Sentiasa bersangka baik 
dengan usaha kita. Tidak terlalu rakus atau terburu-buru dalam mencapai kejayaan. Sabar dan yakin bahawa rezeki sentiasa berada di mana-mana.

dan akhir sekali, sentiasa bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
hari ini, esok dan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Demam memaksa tangan bergerak

Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian :)

Hari nie Mieya demam, tak tahu lah apa kategori demam kali nie. Demam kura-kura, demam terkejut ke, demam dilambung ombak rindu ke, ataupon buat-buat demam. Tapi yang pasti, Mieya demam.

Bangun daripada tidur pagi tadi, suhu badan menjadi panas tak ketahuan hala. Ditambah lagi dengan selsema, sakit tekak dan batuk-batuk. Nahhh kau! Lengkap satu pakej untuk demam.

Hmmm. hari nie, sementara demam telah menyebabkan otak jenuh memikirkan idea terbaru untuk menyiapkan entri kali nie. Maka, dengan harapan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, Mieya membiarkan hari ini sebagai hari untuk berblogwalking ke mana-mana belog yang terjojol di hadapan mata.

Lepas memaksa anak tekak untuk menelan ubat pagi tadi, sepagian Mieya terlentang tidak sedarkan diri  dengan bertemankan bunyi-bunyian di radio. Rengekan bertubi-tubi dari si demokk yang menderita penyakit pening yang tak sudah-sudah, sedikit demi sedikit hilang daripada deria pendengaranku.

haisyyy, Mana nak fikir pasal kesihatan diri sendiri lagi, pasal si demokkk lagi, pasal itu, pasal ini. hmmm. Alangkah bahagianya, kalau dapat makan sedap-sedap waktu demam ini. Confirm, sembuh serta merta!

Kononnya, hari nie nak share sesuatu topik yang berguna buat semua, yakni sesuatu yang bukan berkaitan dengan diri Mieya. Bosanlah kalau hari-hari cerita pasal diri sendiri je. Tapi, kesihatan tak mengizinkan, kurang kasih sayang lagi. wuuu, apalah nasib daku ini!

Harap-harap, demam yang melanda nie cepat kebah. Ada banyak benda yang harus Mieya kongsikan bersama-sama dengan kalian.

Wordless Wednesday #8 | bawaku pergi



Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

bila facebook menjadi mangsa keadaan

Hi and Assalamualaikum everyone :)

Today, I'm typing in my broken English. So everyone, literally all my readers from Malaysia or everywhere in the world can understand the awesome thing I'm going to post here. (ececehhh, konon-kononnya banyak pembaca setia lah sangat kan)

Hey, tapi tak salah jugak kalau sesekali nak perasan diri. Tapi janganlah nak melebih-lebih, bimbang nanti orang sekeliling mula nak merasa meluat. Simpan yang lebih-lebih di dalam hati, cukuplah.

Okey, berbalik kepada topik kita pada hari nie. Mengikut pemerhatian jangka masa panjang yang Mieya jalankan semenjak dua menjak nie. Rata-rata pemilik akaun facebook suka sangat-sangat meluahkan segala macam perasaan. sehingga menyebabkan jiran tetangga mula merasa menyampah dan sakit mata.

Antara luahan perasaan yang selalu diupdate di facebook :

  • kecewa / sedih / patah hati
bila sedih je, mula lah gatal tangan nak update dekat facebook. Okey, Mieya tahu itu akaun awak, jadi itu awak punya pasal lah nak update apa pon kan? tapi sekurang-kurangnya, awak perlu peka dengan orang di sekeliling jugak tahu tak. Mereka manusia, ada mulut, ada hati dan juga perasaan.

Bila ada yang mengeluarkan pendapat berbaur kutukan atau menghina korang, mula lah nak berperang bagai. Walhal, segalanya berpunca daripada isu kecik yang sengaja diperbesarkan oleh si empunya akaun. Jadi, sebagai langkah awal, tak payah lah update apa-apa okey.

  • pasangan couple
Bagi pasangan bercinta yang kononnya romantik, facebook merupakan tempat bagi mereka bercengkerama. Kononnya nak bagi satu dunia tahu bahawa merekalah  "couple of the year". Padahal boleh je buat semua benda tu dalam talian telefon. Tapi bila dah gaduh, hilang semua ayat bunga-bunga kembang kuncup. Dan yang ada, ayat maki-makian.

  • mandi / makan / tidur
Semua benda nak post, memang tak salah pun. Mieya pun tak kisah. tapi yang jadi kisahnya, bila selang dua ke tiga minit, ada je updatenya. Kau update, kau like, lepas tu kau komen, dan Mieya gelak terbahak-bahak. HAHA. damn!


Jadi, pangajaran dan nilai-nilai murni yang kita dapat peroleh pada hari nie ialah :

- Fikir dahulu akibatnya sebelum menghupdate apa-apa status.
- Jaga perlakuan dan batas-batas diri dengan sebaik-baiknya.
- Biar Facebook yang busuk, bukan kita yang busuk.

33 Ayat Jiwang Pujuk Kekasih Merajuk

Assalamualaikum wbt kalian :)

Selamat pagi semua. Buka jendela seluas-luasnya dan cepat sedut udara segar di pagi hari yang indah ini. Kalau boleh simpan udara tersebut dalam balang biskut marrie. Rugi rasanya kalau pagi-pagi Mieya bazirkan udara segar yang berlari-lari anak depan hidung begitu sahaja.

Mood hari ini, Mieya nak share kata-kata cinta ditujukan khas kepada mereka yang tersayang, especially to those yang buah hatinya merajuk minta dipujuk. Wallah ! Apakah? Mood hari nie jiwang nya alahaiii..


1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu.
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduimu..
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.
29. Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.
30. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
31. Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
32. Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan beri kita pelangi.
33. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya suatu hari nanti. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.


mood blogging, Here I Come !

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan yang masih setia menanti entri baru daripada Mieya.
Saya dah sedia! Saya dah sedia! Saya dah sedia! ai ai Capten! 
(menjerit mengikut rentak suara Spongebob Squarepant)



Setelah hampir seminggu menahan mengikat nafsu berblogging dek kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Akhirnya, hari nie dapat jugak Mieya meluangkan sepenuh mata dan minda disini.


Sebenarnya semuanya berpunca pada diri Mieya sendiri kerana terlalu obses dengan dunia blogging tanpa mengambil kira tahap kesihatan si komputer riba. errr, tak perlu rasanya untuk meneruskan sesi percakapan yang meleret-leret.

Mood happy dapat kembali berblogging tak habis lagi. Siap boleh terjaga dari tidur lebih awal daripada kebiasaannya. Siap boleh bermimpikan idea yang berlipat kali ganda untuk membuat entri baru. wuuu T_T

tak tahu lah nak cakap apa. tak boleh nak huraikan perasaan happy nya tu sambil bibir tak henti-henti mengukirkan sebuah senyuman kegembiraan yang melampau. yang tahu, perasaan ini sememangnya sangat best. Mempersembahkan muka kucing yang Mieya takut nak pegang, kalau nak kacau boleh lah. hikhik




Okey, entri hari nie adalah kosong semata-mata. tiada isi tersirat mahupun isi tersurat. Entri hari nie cuma nak menjelaskan bahawasanya mulai hari nie Mieya akan kembali memerah kepala hotak supaya mengeluarkan idea yang malar segar, tersendiri dan juga terbaik daripada ladang Pak Kob. ehhh? -,-

dah lah. Lepas nie nak pasang lampu lip-lap-lip banyak-banyak kat belog Mieya nie. 
bagi meriah sikit belog nie, takde lah nampak suram muram sangat seperti sekarang nie. ececehhh, dramatik sangat lah pulak Mieya nie.

harap sabar menanti ye semua

Assalamualaikum wbt kalian :)

ohh, dengarlah semua warga budakshumort sekalian ! Ini adalah entri paling pendek di abad ini. Siyes, ini bukan main-main. Mieya tengah tahan muka ketat dengan belog demi nak bagitahu memang inilah entri yang paling ringkas dan kurang padat daripada Mieya.

Cuma, Mieya nak beritahu bahawasanya Mieya tidak akan menghupdate belog dalam jangka masa yang lama. Sebab musababnya, Mieya menghadapi sedikit masalah teknikal terhadap lappy tersayang.

Di sini, Mieya mengharapkan korang di sana baik-baik sahaja. terus bersabar menanti entri yang akan datang daripada Mieya. Kalau rajin, belek-belek lah entri yang lepas sambil meninggalkan sedikit komen. Semakin banyak komen, semakin bagus. hehe

Bagi betis nak peha, bagi peha nak ayam seekor. -.-' apa-apa pon, terpulang kepada diri korang sama ada nak tinggalkan komen ke tak. tiada sebarang paksaan pon daripada Mieya di sini.

dah. dah. Tak boleh nak online lama-lama lagi. Taip entri menggunakan handphone memang menyeksakan. Nasib baik dah siap separuh di draf dulu sobsob. Diharapkan, korang semua jangan lah rindu rinduan sangat dengan Mieya. Nanti tak lena pulak tidur malam Mieya. Kihkih :)


salam bertemu lagi kawan-kawan :)

I'm officially eighteen

Assalamualaikum guys !


Today, on this beautiful date, 2nd February 2012, I'm officially turn 18. Well, according to the calendar of course. Weird enough for me at least. I don't feel anything special about it. Honest.


As the clock struck 12 last night, I was like "errrr.. that's it?"  I guess I expecting a fairy or a genie to suddenly appear and grant three wishes to me... just in my dream.




But, of course a lot had happened for the past 18 years. Interesting though, I don't feel like celebrating. I'm not enjoyed myself indeed, turning 18. Nothing much has changed. Physically, hahaha. I might have gained some weight. Emotionally, nothing much.


Financially, well, I'm not working. Still depending on my parents. So yeah, I am still myself. The same old myself. 


Looking back, I'm deeply ashamed of myself. **sigh**  I ask myself after 18 years in this life, what I've did for my future life. It seems like zero, nothing much.


Well, I should have a new oppurtunity to change something in my life. Its must probably, change myself first. Lets pray my 18th year in this world will be full with wonderful colours of life, InsyaAllah. Amin.




p/s : dah lama tak menulis dalam bahasa Inggeris, nampaknya skil menulis dah semakin tumpul dari hari ke hari. demn!



minta jasa baik korang semua

Assalamualaikum wbt semua :)

Adakah anda rajin? Tak tahu nak buat apa sekarang? Jom ke Social Media Week 2012 untuk mengundi blog budakshumort.blogspot.com bagi kategori Upcoming Blogger Of The Year. atau terus lah ke laman web socialmediaweek.com dan terus mengundi belog budakshumort. 

Itu pon kalau korang rasa penulisan belog picisan Mieya disini layak untuk mendapat penghargaan yang sebegitu rupa. Siyes, Mieya dah tergatal tangan dan telah ternominate (eh, betul ke bahasa nie?) url belog Mieya di situ.



Tiada sebarang paksaan disini. Semua keputusan terletak di tangan korang semua. Kalau korang rasa Mieya layak, jemputlah beramai-ramai untuk vote belog Mieya. 
Okey, di mana belog Mieya? bhahaha, sila tekan banner diatas dan cuba cari dekat bahagian bawah lagi.


Sekarang, macam mana nak vote blog Mieya? Okey, sila buka mata dan pasang telinga sebessar yang mungkin dan ikuti langkah yang berikut :
  • Sila daftarkan diri dengan menekan butang Sign Up
  • Isikan maklumat anda dengan tepat dan betul
  • Log in dengan username dan password korang
  • Pilih Kategori pertandingan blog yang dipertandingkan
  • dan mula pilih blog kecintaan hati
  • Akhir sekali, vote lah dengan hati yang ikhlas

Dateline untuk vote : 6 February 2012
Jadi, rajin-rajin lah ajak kawan-kawan yang lain untuk vote Mieya ye.
Terima kasih :)