Dah Ada Business Card Sendiri

Assalamualaikum wbt. Hai semua :D

Sejak mula berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan ni, Mieya mula rasa betapa pentingnya kewujudan bussiness card lagi-lagi untuk tujuan networking (mana tahu suatu hari nanti nak join event, gathering, sponsor GA and etc)

Sepanjang minggu lepas Mieya cuba usahakan untuk memiliki business card sendiri. Survey punya survey, akhirnya Mieya memilih untuk menggunakan perkhidmatan rakan blogger, Zaza Zehra setelah melihat beberapa blogger yang Mieya kenali seperti Aina RoseberryEyriqazzHasrul Hassan dan Syira Lokman telah mendapat
perkhidmatan dari sumber yang sama. 

Actually, seboleh-bolehnya Mieya memang nak cari designer perempuan sebab senang sikit nak berurusan
dengan mereka. Lagi-lagi bila sedar diri ini memang agak cerewet. Setelah melihat artwork daripada Sis Zaza sendiri,
Mieya telah meminta beberapa perubahan serta mencedok sedikit idea untuk dimasukkan di dalam business card yang telah ditempah nanti.



Dan akhirnya, petang kelmarin bungkusan yang dinanti telah pun sampai di tangan Mieya ni. Sukanya.
Kali pertama ada business card untuk blog sendiri. 

Kad bisnes Mieya ni simple sahaja, menggunakan warna pink dan coklat sebagai temaMaterial kad adalah dari

Art Card + Matt Lamination, iaitu material kalis air dan menyerlahkan lagi penampilannya. 

Alhamdulillah, semuanya membuatkan Mieya berpuas hati dan tersenyum gembira sebab dah ada
name card sendiri. Dan memang target Mieya untuk memiliki name card sendiri dalam masa terdekat ni.
Syukur sangat, rezeki datang lebih awal dan dapat realisasikan impian Mieya.




Terima kasih banyak pada Blogger Zaza Zehra yang sudi merealisasikan business card ini. Mieya tempah

dengan dia sebanyak 100 keping dulu. Harga kad bisnes yang ditawarkan RM30 sekotak bagi 100 keping
(exclude postage). Anda boleh dapatkan atau buat tempahan menerusi blog Zaza Zehra.
Murah tetapi kualitinya terbaik. Mana nak dapat kan? 

Selesa dan senang berurusan dan berbicara dengan Zaza. Perkhidmatan yang disediakan pon cepat.
Dan yang bagusnya, Mieya boleh ubah ikut suka hati artwork design yang dipertunjukkan kepada Mieya. hahahhaa... nak itulah .. nak inilah, buang itulah .. buang inilah. 

Dan Sis Zaza dengan sabarnya ikuti kemahuan dan kehendak tanpa banyak soal. Susah nak cari designer
seperti ini. Ramai yang suka emo je. Tak nak ambil pusing cakap customer hahaha..

Bagi rakan blogger yang ada name card tu, jom lah bertukar-tukar name card dengan Mieya. Boleh email Mieya okey? mia_Atiera94@yahoo.com