Keputusan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan SPA

Assalamualaikum wbt dan selamat petang :)

Baru sahaja tadi Mieya terperasan beberapa status update daripada rakan Facebook dan juga rakan blogger mengenai keputusan Peperiksaan Online bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

So, Mieya dengan rasa berdebar-debarnya melayari laman web SPA. Ditambah lagi dengan line internet yang tak berapa nak laju lah sangat. Dan alhamdulillah... keputusannya :

Syukur sangat-sangat Ya Allah! Actually, Mieya langsung tak prepare apa-apa pun sebelum menjawab soalan peperiksaan online ni. Maklum sahaja lah, komitmen kerja dari pagi sampai ke pukul 5 petang. Balik rumah dah penat, badan dah letih. So masa di rumah lebih diluangkan untuk rileks-rileks berkebun depan rumah, menonton tv dan juga reply pesanan daripada customer onlineshop Mieya.

Inilah rezeki pemberian Tuhan. Insyaallah, kalau ada rezeki Mieya di sini, Mieya akan teruskan melangkah ke hadapan demi masa depan yang belum pasti ini. Terima kasih atas doa-doa dari kalian juga :)