Fairy Beauty Life Food | Review

Assalamualaikum wbt :)

Mungkin ramai yang tak tahu, kajian membuktikan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti dan kolestrol yang tinggi. Masalah kolestrol ni bukan hanya berlaku kepada mereka yang gemuk sahaja, mereka yang kurus turut sama tak terkecuali ye.

Tahap kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat sekaligus boleh menyebabkan badan lumpuh (strok), tekanan darah tinggi dan pedih ulu hati.

Pepatah Melayu ada mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Kan? Special thanks to Hishop Malaysia sebab memperkenalkan produk Fairy Beauty Life Food kepada Mieya.

Fairy Beauty Life Food merupakan fungsi inovasi berkonsepkan formulasi kesihatan & nutrien yang baik. Gabungan nutrien hebat dengan gear nutrien badan mampu menyerap dan merangsang pertumbuhan serta pembaikan semula sel-sel yang tidak berfungsi.


Kalau korang nak tahu, Life Food dikuasakan oleh Mulberry & Ligonberry, Chia Seed, Protein Soya, Ekstrak Mineral Algae Merah, Oat Brane dan banyak lagi. Ia memberi manfaat kepada sistem imunsasi, fungsi badan, pencegahan kepada bahaya penyakit dan jangkitan.


Cara Pengambilan Life Food



  • Ambil 3 - 4 sudu bersama 250 ml air suam. Kacau rata.
  • Minum dua kali sehari, iaitu sebelum sarapan dan sebelum makan malam. (atau bila-bila masa yang sesuai)




    My Opinion : 

    Mula-mula memang teruja sangat nak minum sebab baunya pon sedap just like cereal nestum gitu. But, apabila Mieya cuba untuk menikmatinya pada hari pertama.. Tak tahu lah kenapa tekak tak boleh nak terima dengan lebih baik.

    • minggu pertama consume, hanya 1/4 cawan sahaja yang dapat dihabiskan. Selebihnya buang ke sinki.
    • minggu kedua, boleh lah survive sampai setengah hingga 3/4 cawan gitu. Kira okey lah ada jugak peningkatan.
    • After that, baru boleh berjaya nak habiskan secawan terus. Yeay !

    Bukan apa u'olls, tekak Mieya ni memang agak susah nak terima tekstur minuman yang likat tanpa gula tambahan seperti yogurt ni. Tapi kalau suruh makan serbuk begitu sahaja, still boleh consider lagi lah.

    So far, tak boleh lah nak cerita berapa jumlah kadar peratusan kolestrol dan juga paras gula dalam darah yang berjaya dikurangkan.. Sebabnya Mieya pon tak reti nak kira. lol -,-

    Tapi apa yang pasti, perut lambat rasa lapar thats mean ia kawal pemakanan kita. Lepas tu saja-saja lah pi timbang berat badan, and alhamdulillah Mieya berjaya turunkan berat badan sebanyak 2-3 kg. Kira okey dah tu, tak boleh nak turun banyak-banyak sangat sebab dikhuatiri BMI jadi tak normal pulak.


    Tipu lah kalau nak cakap, dengan minum Life Food ni sahaja berat akan turun dengan serta merta. Di samping itu, amalan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang seimbang juga perlu seiring kalau inginkan result yang lebih gempak.

    Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

    *With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014

    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.