Alhamdulillah, 2nd Cash Out ChurpChurp Tercapai

Assalamualaikum wbt :)


Baiklah. Hari ini bersamaan dengan 30 September, merupakan hari terakhir dalam bulan September ini. Biasanya di hujung bulan sebegini, merupakan hari paling sibuk buat blogger yang menjadikan blog sebagai salah satu platform untuk  menjana pendapatan sampingan.

Salah seorang daripadanya ialah Mieya.. Meskipun, earning dari akaun Nuffnang masih belum cukup untuk dikeluarkan. Tapi alhamdulillah, masih ada lagi rezeki lain yang beerpihak kepada Mieya. Seperti Churpchurp nie.


Ini hasil wang terkumpul daripada tahun lepas. hehe See? Agak slow giler nak tunggu tempoh matangnya. Sebabnya, Mieya jarang ada masa khusus untuk berkempen di media sosial.

So, kepada mereka yang belum mendaftar churpchurp korang boleh je register kat sini dan start sebarkan iklan untuk kaut earning yang maximum :) Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mempromosikan iklan di halaman masing-masing. So good luck k :)