Cermin Mata Baruku

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi :)


Hai ! Kepala saya sengaja telengkan. Saja nak khabarkan yang gaji pertama Mieya selama setengah bulan bekerja telah selamat dilaburkan untuk membeli cermin mata baru.

Kenapa dengan cermin mata yang lama? Hmm.. tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma power mata Mieya dah naik sikit. hihi sikit je dalam 20 gitu. Disamping getah cermin mata telah tercabut hari tu. So, dah alang-alang ke kedai cermin mata, terus Mieya usha-usha cermin mata pilihan.

Antara sebab cermin mata berbingkai besar menjadi pilihan Mieya, kerana senang bagi Mieya untuk melihat dengan lebih jelas. teheee~

Jadi, sekarang ini Mieya sedang menunggu gaji bulan Jun yang masih belum diterima lagi. Lambat sikit nak masuk. Insyaallah, bila-bila nanti masuklah tu..

Okey lah. Mieya nak bertolak ke tempat kerja sekejap lagi. Nanti kalau sempat, Mieya blogwalking ke blog korang ye?

Salam sayang dari Mieya untuk semua ^^