Dah Dapat Cek Kedua Dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Sana sini, blogger sibuk publish entri pasal cek Nuffnang yang dah sampai. Jealous lah Mieya bila cek yang Mieya tunggu tak sampai-sampai. hehe itu dulu, sekarang tak lagi.

Sebab apa? Sebab cek Mieya pon dah sampai semalam.. hihi Alhamdulillah.. dapat juga merasa cek yang kedua daripada Nuffnang. Sila jangan jealous ye semua :)


Nilai cek ini tidak lah sebesar mana, tapi boleh lah daripada tiada apa-apa hasil langsung kan? Lagipun, blog Mieya cumalah sekadar sebuah blog picisan. Yang mana, penulisannya pon masih lagi di tahap anak-anak kecil; kata orang lah.


Bertambah bersemangat lagi lah rasanya untuk Mieya terus berblogging dari hari ke hari. Apa yang paling seronok bila berblogging ni kan, kita punya kawan di alam maya yang sangat membantu. sama ada dalam memberi nasihat mahupun pendapat masing-masing.

Kadang-kadang, Mieya rasa sangat dekat dengan rakan blogger sekalian walaupun tidak pernah berjumpa. 

“Words mean more than what is set down on paper. 
It takes the human voice to infuse them with shades of deeper meaning.” 

Okey lah, guys. Cerita panjang-panjang nanti orang menyampah pulak, kata Mieya nie berlagak lah apa lah. okey lah stop sampai sini dulu ye.

Terima kasih pembaca tegar blog Mieya. Terima kasih atas sokongan rakan blogger sekalian. Terima kasih Nuffnang. Terima kasih semuanya.