Perempuan Dan Novel

Assalamualaikum wbt :)

Lepas dua hari mengabdikan mata agar terus tekun membaca novel dengan segera. Terus Mieya update blog dengan kadar lebih pantas daripada biasa. Jantung dah berdegup pantas kemain setelah meninggalkan blog tanpa riak bersalah.

Ohh ya. Nak bercerita pasal novel cinta, at last melalot entah ke mana. Sungguh begini lah rasanya setelah habis feeling-feeling, tangkap lentok dengan watak-watak dalam novel tersebut. umpama makan roti buku calit dengan kaya atau cekelat tambah butter. manis tawar suram gundah gulana dan tampak pelik.

Nak tunjuk gambar novel yang kali kedua Mieya beli

Perempuan dengan novel, memang sebati; tak dapat dipisahkan. Kalau baca novel sangat Feeling habis. Pokoknya semua ciri-ciri  jejaka idaman mereka, semuanya ada dalam watak hero itu. Tambah lagi satu pulak kadang-kadang watak hero novel tu sama dengan Balak dia. Perghhhh dia punya bayangkan watak hero itu. Sejibik lah. 

Pernah terfikir tak, kenapa orang perempuan suka membaca novel?

Orang perempuan mempunyai sifat sentimental dan mudah menjiwai perasaan dan keadaan sekeliling. Mereka lebih emosi berbanding lelaki. 

Sehinggakan ada orang perempuan yang mengalirkan air mata sekiranya jalan cerita novel itu menyedihkan. kadang-kadang orang perempuan akan tergelak-gelak sendiri apabila unsur lawak diselitkan dalam cerita tersebut. bagi cerita yang jiwang pula, pasti ada yang tersenyum-senyum sendiri akan dialog yang dibaca. 


Lagi satu sebab orang perempuan suka baca novel ialah mereka mempunyai lebihan masa untuk membaca berbanding lelaki.

Macam Mieya, Mieya bukanlah penggemar novel (suka mengumpul novel). Tapi Mieya suka membaca. Berilah cerpen ke, majalah atau buku apa-apa sekalipun, semuanya Mieya akan baca. hmmm...Habit dari kecik lagi kot. 

Bilangan novel yang berada dalam koleksi Mieya, boleh dikira dengan jari. Thats mean, tak banyak. Mieya lebih gemar membaca and then, barulah membuat penilaian sendiri sama ada nak beli atau tak. Kekadang novel yang Mieya minati, dah tiada dalam stok kat kedai pon. Habis. Okey, itu sungguh menyedihkan.

Tapi Mieya tak kisah. Mana yang ada je, Mieya terus sambar. hehe

P/S : Korang suka baca novel? Novel apa je yang best? JOM kongsi...