Nak Naikkan Trafik Memang Mudah...Tapi

Assalamualaikum wbt bloggers :)

Kebelakangan ini, Mieya perasan sesuatu..

Nak dapatkan trafik 300UV hari ini memang senang. Mudah je. Nak dapatkan 500UV esok? Lusa? Pun mudah juga. Tapi yang susahnya.. Nak kekalkan jumlah UV tu di hari-hari mendatang. Mampukah?

UV = Unique View ye, bukannya Ultraman Venus ..

Jika kita mampu mengekalkan atau menaikkan trafik blog walau sedikit, bermakna blog kita ada perubahan. Jika tidak mampu... kita usaha lagi ! Letakkan satu had atau matlamat dalam blogging.

Sebagai contoh,

Jika sesebuah blog mampu mencapai sebanyak 200-250UV sehari, maka pastikan hari berikutnya pon sama bilangan trafiknya. Pastikan blog kita tak "layu".

Dan yang paling penting adalah.. Apakah entri yang menyebabkan blog kita naik? Adakah disebabkan entri tersebut hasil tulisan kita sendiri atau tulisan orang lain?



Jikalau trafik blog naik kerana tulisan orang lain, bermakna kita terpaksa berusaha lebih untuk mencari berita semasa dan juga info-info setiap hari. Hmmm.. Kalau sesekali, boleh lah lakukan. Kalau hari-hari macam tu?

Bukan senang nak kekalkan trafik, tapi tak susah nak naikkan trafik.