CPUV Pertama Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt :)

Haaa. What's up guys..!

Setelah sekian lama menunggu...dan pernah dua tiga empat kali rasa macam give up dah nak menunggu. Tetapi akhirnya melekat juga CPUV pertama bagi tahun 2013.

Terkedek-kedek betul blog Mieya nie. Orang lain dah merasa hampir 9 ke 10 CPUV/BE untuk tahun 2013 nie. Manakala Mieya pula, dah masuk pertengahan bulan Februari baru dapat seketul BE. hahaha kesian betul !

Alhamdulillah, masih lagi mendapat kepercayaan daripada pihak Nuffnang dan advertiser. Biarpun mood blogging semakin tenggelam ke dasar laut ditambah dengan kesibukan dalam mengemas rumah yang macam sarang tikus. Akhirnya Nuffnang berbesar hati memberi CPUV terbaru.

Nak tahu apa CPUV terbaru di blog Mieya nie?


Kalau tak silap Mieya, Suara13.com merupakan sebuah laman web online yang mengandungi berita-berita berkisar politik yang berlaku dalam negara kita. Di mana menggunakan pepatah Dari rakyat Untuk rakyat sebagai tema bersesuaian dengan slogan kerajaan janji ditepati ! Maklum sahaja lah, bahang PRU 2013 kan semakin dekat terasa ! 


Dan bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan CPUV/BE, apa kata kalau korang cuba praktikkan tips yang Mieya lakukan nie.