Hari Yang Ditunggu-tunggu Tiba Jua

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, kalau boleh Mieya cuba untuk tidak membebankan diri sendiri untuk berfikir soal itu dan ini. Mieya perlu lebih relaks bagi mengelakkan tekanan perasaan yang melampau (stress), rasa gemuruh yang melampau. Padahal kat jantung nie dari tadi dah berdegup kencang dupdapdupdap. -,-

Jadi, bagi mengelakkan hal sebegitu daripada berlaku, Mieya perlu menyibukkan diri Mieya dengan sesuatu.

Misalnya, pagi-pagi lagi Mieya telah ke luar rumah bagi meninjau-ninjau perkembangan semasa anak-anak pokok cili Mieya. Alhamdulillah, pokok cili api Mieya di pasu yang lain telah pon mula berbuah dengan galaknya.

guna pakai botol minyak sebagai pasu bunga. Jimat kan? :)

And then, Mieya akan online untuk seketika. Blogwalking dan komen ke beberapa buah blog yang dah berupdate sampai lah kaki dah rasa "cramp" semacam, barulah Mieya berhenti untuk membantu emak melakukan tugasan harian di rumah.

Setelah selesai ke semua tugasan, barulah Mieya akan meneruskan tugas Mieya untuk mengajar adik Mieya dalam beberapa pelajaran dari satu bab ke satu bab yang baru. Kiranya, macam cikgu sambilan di rumah lah. kehkeh
Jangan complain kenapa tulisan diatas kecil semacam, sebab itulah tulisan Mieya ^^

Maklum saja lah, adik Mieya dah beberapa bulan ketinggalan dalam pelajaran sebab penyakit misteri yang dialaminya. Penyakit apa, tak boleh lah Mieya jelaskan disini. Hal peribadi keluarga lah kata kan. So, nak tak nak Mieya perlu membantu dia selagi mempunyai masa yang ada.

Hmmm, rasa-rasanya kalau korang yang selalu berkunjung ke sini semestinya dah tahu kan. Apa benda penting yang sedang Mieya nanti-nantikan sekarang nie?

Ohh, yeah ! Hari ini bersamaan dengan 5hb November 2012 dan tepat pada jam 2 petang, keputusan UITM ambila kedua akan diumumkan. Nak tahu keputusannya sama ada Mieya dapat ke tak?

Tunggu je lah, okey?