Oppa Gangnam Style, Apakah itu?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Korang tahu apa itu ‘Oppa Gangnam Style’?

Gangnam Style secara tiba-tiba menjadi kegilaan ramai dan bahangnya semakin terasa sejak akhir-akhir ini. Rasa-rasanya, rata-rata penduduk bumi sekalian dah tahu mengenai kewujudan Oppa Gangnam Style nie, tidak kira  sama ada orang dewasa mahu pun kanak-kanak.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Gangnam tu adalah nama tempat di Seoul, Korea Selatan. Jadi, “Oppa Gangnam Style” tu maksudnya lebih kurang macam “Stail abang-abang Gangnam” laa.. cewaahh !


Flash Mob Gangnam Style Untuk Merdeka

Macam Mieya, Mieya tak berapa layan sangat apa-apa pasal k-pop nie. Hanya sebilangan kecil sahaja irama lagunya yang Mieya layan. Itu pon boleh dikira dengan jari.

Ternyata, rakyat di negara kita juga kreatif apabila ada di kalangan kita yang membuat video sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan bertemakan konsep Gangnam Style. 

Fenomena tarian kuda itu bermula apabila artis negara Korea, Park Jae-Song atau lebih dikenali sebagai PSY yang berusia 34 tahun tampil dengan lagunya, Gangnam StyleSejak dari itu, lagu hantunya itu menjadi kegilaan orang ramai.

Terbaru, memandangkan negara kita menyambut Kemerdekaan yang ke-55 semalam, sekumpulan anak-anak muda telah melakukan Flash Mob di atas ais di Sunway Pyramid.

Mereka yang seramai 200 orang telah menari Gangnam Style sambil meluncur ais.
Ayuh, jom saksikan video flash mob mereka.