Rezeki Ramadhan, dapat Buffered Earning Nuffnang Lagi

Assalamualaikum wbt dan salam 11 ramadhan :)

Niat di hati dahku ingin menghupdate blog sewaktu pagi tadi. Akan tetapi, setelah menyibukkan diri sebentar dengan aktiviti duniawi, lantas fikiran yang sebelum ini melayang ke blog tersayang terus hilang dihanyut air hujan.

bhahahaa. Cakap aje lah, bijik mata telah tergoda dengan nafsu tidur "Raksasa tidur" dalam cerita Boboiboy tu. Ecehh, kantoi sudah rahsia jiwa riang Mieya sebagai kanak-kanak ribena ! hihi^^

Macam biasa, tiap kali menghupdate lappy tersayang nie, laman web Nuffnang dan juga blogger.com telah dibuka dengan kadar segera. Tujuan utamanya adalah untuk melihat berapa banyak trafik yang telah diterima oleh blog Mieya.

Jikalau trafik kurang, mesti ada yang tak kena dengan blog kita sama ada dari segi penyampaian, interaction mahupun sebab kurang promosi. Itulah antara faktor yang harus setiap blogger kaji untuk memantapkan lagi gaya penulisan dalam berblog.

Seterusnya, Mieya akan check perkembangan terkini pada bahagian earning Nuffnang. Nampaknya, Buffered Earning daripada iklan 1 Malaysia For Youth telah pun berakhir semalam dan digantikan pula dengan Buffered Earning yang baru dari Volkswagen Hari Raya 2012.
BE yang masih berjalan di sekitar blog Mieya nie

Wah, padahal puasa baru sahaja seminggu lebih. Tengok-tengok dah dapat BE untuk hari raya nanti. Kemain bersemangat lagi pihak Nuffnang nie kan nak menyambut raya awal-awal?

Tapi walau apapun, terima kasih sebab sudi menghadiahkan Mieya seketul BE untuk kali nie. Diharapkan di lain hari, bagi lah blog Mieya nie berjuta-juta lemon BE lagi. Kecik tapak tangan, besar sampai kembang semangkuk lagi hati Mieya untuk menerimanya di lain kali. hikhik

Sekian sahaja untuk entri kali nie. Salam bertemu lagi di lain entri :)