Blog Mieya Diserbu Oleh Penyokong Bersih 3.0?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Pagi-pagi nie, saje je buat entri yang serba ringkas sebegini rupa. Saje je nak hangatkan hati-hati mereka yang terasa. Biarkan dorang tak boleh dok diam. kihkih

Semalam Mieya ada buat entri mengenai Bersih 3.0 nie kan? and guess what? Entri tersebut mendapat maklum balas yang negatif dari seorang makhluk di muka bumi ini. Tak tahu lah sama ada dia pon turut sama dengan perhimpunan Bersih nie ke tak hari Sabtu lepas tu.



Untuk makluman, komen tersebut masih lagi Mieya tak publish kan. Atas dasar tak mahu orang lain berpusu-pusu menyerang beliau dengan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Nanti tak pasal-pasal dia jadi macam Nyonya kat SINI.

Harap Maklum.