Pengalaman berpuasa di zaman kanak-kanak

Assalamualaikum wbt kalian :)

Dua hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang mulia,
bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang..
Ramadhan yang pada Nya terdapat suatu malam yang sungguh agung dan lebih baik daripada seribu malam yang lain..  Dan semestinya ramai yang sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..!  Ternyata sudah lama nampaknya Mieya meninggalkan zaman sekolah rendah agama.. di mana pada hari-hari itu, alunan-alunan suara,
bait-bait perkataan Arab dinyanyikan dengan rancaknya oleh kanak-kanak seusia kami
(dua belas tahun) ,  mengikut rentak lagu-lagu popular sekitar waktu itu..

Dan hasil daripada nyanyian itulah, Mieya dan kawan-kawan yang lain dapat mengingati istilah-istilah Arab dengan mudah.. Sehingga akhirnya membawa ke suatu tangga kejayaan kepada diri masing-masing.. Okey, tutup cerita !

Semakin kita menghampiri bulan puasa, semakin banyak kisah-kisah kenangan pahit manis yang dapat kita terokai.. Ada sahaja peristiwa yang masih lagi segar di ingatan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak itu..

Mungkin pengalaman kita semua hampir sama dan mungkin juga berbeza mengikut peredaran masa.. Masa kecik-kecik dulu, kalau orang lain liat nak bangun sahur lepas tu tak lalu nak makan tapi Mieya tidak.. Cuma, masa nak mencelikkan mata je yang agak susah..  Tapi, bila dah nampak nasi goreng dan telur dadar terhidang di depan mata..
Selera makan mula datang bertambah-tambah macam seminggu tak makan.. -.-

Waktu itu, emak dengan abah cakap bila baru nak belajar puasa, kena belajar puasa untuk suku hari..  Lepas tu baru setengah hari..  Then, kalau dah boleh buat setengah hari kena habiskan sehari berpuasa..  So mata masa tu asyik tengok kat jam je..  Bila dah sampai suku hari atau setengah hari, tak kira lah sama ada perut kenyang atau lapar Mieya tetap nak bukak puasa juga..

Ye lah, masa bersahur memanglah berselera je makan..  But, bila tiba di siang hari,
hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya nak menunggu waktu sampai maghrib..  and bila tiba waktu berbuka puasa, sewaktu azan berkumandang,
terus je capai air segelas.. tak cukup siap tambah lagi satu gelas sampai perut pon kembung..  Bila ditegur, barulah terhegeh-hegeh nak berhenti minum..
Biasalah, budak-budak kecik lah katakan..

Hurm, tak sabar rasanya nak menyambut Ramadhan kan??  Kehadirannya semakin dirasai !
Moga kita memperoleh 1001 kemanisan pada Ramadhan akan datang nie.. Amin..~

Eh, pengalaman korang berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu macam mana pulak?
Mehlah kongsi.. ;)