About Me

Assalamualaikum dan Hai. Salam Perkenalan juga :)

March 2013
Mieya Atiera merupakan sebuah blog gaya hidup peribadi, sama seperti diari kehidupan saya serta pendapat/pandangan yang merangkumi diri saya sendiri, keluarga, tips-tips, pengalaman hidup serta informasi dan hal-hal yang terjadi di sekeliling kita.


Mula berblog sejak 29 Oktober 2010, semasa di Tingkatan 4 apabila diperkenalkan oleh rakan-rakan sebaya. Tapi saya  mengambil masa lebih 3 bulan untuk memahami selok-belok dunia blog, baik buruknya sebelum mula mendaftar dengan Blogspot.


Pada permulaan, berblog hanya sekadar mengisi masa lapang, bercerita mengenai aktiviti seharian, serta meluahkan apa-apa yang terpendam di hati. Kebanyakan entri mengandungi gaya perceritaan yang agak skema sebab tak berapa jelas dengan konsep berblog yang sebenar.

Tetapi kini, dipelbagaikan lagi dengan berkongsi kisah hidup, pengalaman, tutorial, tipspendapat serta informasi lain. Setiap entri diselitkan dengan rangkaian kata yang bernas disamping dapat memberikan inspirasi kepada orang lain. 

Bertahannya blog ini adalah disebabkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan. Saya suka membaca surat khabar, portal online, cerpen, novel dan bahan bacaan lain. Dengan membaca lah, saya mendapat ilham untuk menulis dan bercerita. 

Mungkin juga kerana adanya followers dan para pembaca yang sudi drop by ke blog ini, menghidupkan blog ini dengan kunjungan dan juga komen membina; yang mampu menghiburkan hati ini.

August 2014
BIODATA RINGKAS

Nickname: Mieya Atiera (click for more info)

Age: 22 (2016)

Date Of Birth: 2nd February 1994
Since when I've started to blog: I've started blog when I was 16 (29th October 2010), you still can recap back to my first blog post which is pretty stupid and look unmatured. I love to inspire people and also be inspired by different people everyday. Moreover, I love to meet different people anytime and anywhere.
Niche blog: Niche Blog Mieya Atiera (click for more info)
Bab pencapaian dalam kehidupan, nanti kita story mory dekat lain entri, eh? 
Okey, tu je.

korang nak jugak?

korang nak jugak?

0 comments: