Duit Gaji, Cukup Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt :)

Memandangkan sekarang ini kita berada di penghujung bulan. So, Mieya nak update entri berkisar pasal duit gaji.

Pernah tak korang rasa, gaji yang korang dapat tapi tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan ataupun tak setimpal dengan kerja yang korang jalankan? Hujung bulan dapat gaji... tapi bila masuk sahaja minggu pertama bulan baru, duit dah habis?

But so far, Mieya tak pernah lagi lah terasa sedemikian rupa. Cuma, bab gaji tak setimpal dengan kerja sahaja yang Mieya tak berapa nak puas hati sangat. Ya lah, kerani cuma dua orang sahaja dan semuanya kena take care dari A sampai ke Z.

Manakala yang lain kebanyakannya sibuk menguruskan hal-hal di gudang. Kami berdua lah yang bekerja keras menguruskan segalanya mengenai urusan penghantaran keluar barang-barang. Kadang-kadang barang tersilap hantar, tak sampai, return back and then arrange transport to collect back goods. Semuanya kena ambil tahu and take action.

Tapi takpe, kita tunggu dan lihat sahaja next year. Kalau still tiada sebarang perubahan atau kenaikan seperti yang dicanang-canangkan sebelum ini.. Just move on and mulakan hidup baru. Thats all ! :)

Eh, baru perasan jauh benar Mieya melalut sekarang nie. Actually, just nak berkongsi macam mana / bagaimana Mieya menguruskan gaji Mieya setiap bulan.


YaYaYa, memang diakui.. Duit memang ibarat air kalau tak betul-betul diuruskan dengan sebaiknya. Sebab tu, kalau boleh sila pastikan wang yang ada dalam wallet / beg dompet sekadar cukup-cukup untuk keperluan sebulan sahaja. Jangan lebih.

Sebabnya, masalah sebegini memang akan semua orang alami. Even, budak tadika yang umur 6 tahun pon kalau mak dia bagi duit RM1 sehari, terus mereka belanjakan buat beli jajan atau mainan. Tak ada langsung duit untuk disimpan kan? Jadi, apa penyelesaiannya?


  • Pertama, rangka perbelanjaan @ list down ke mana arah tuju wang gaji bulanan korang. Senaraikan hutang-hutang yang perlu dijelaskan. 
  • Hutang dah setel, senaraikan pula barang keperluan bulanan seperti pencuci muka, lotion, krim muka, bedak and etc. Dah dapat senarai terus lakukan pembelian supaya bajet bulanan korang tak lari kelaut.

Macam Mieya, gaji bersih kurang daripada RM1000.. So,



  • 11.5% -  Mieya bagi wang belanja bulan-bulan dekat emak. Memadai lah dengan gaji Mieya yang kecik nie.
  • 20.5% - Disebabkan abah masih bekerja dan selalu sakit sendi, kebas-kebas kaki. So, Mieya pon cari alternatif dengan membelikan supplement kesihatan untuk abah Mieya.
  • 14.0% - Rasa-rasanya, tak ramai yang tahu yang Mieya takde lesen kenderaan dan tak reti bawa langsung apa-apa kenderaan. Maklum lah trauma masih menghantui diri. So, abang Mieya lah yang menghantar dan mengambil Mieya selama 6 hari seminggu.
  • 28.0% - Mieya peruntukkan untuk membeli makanan tengah hari. Memandangkan jarak di antara tempat kerja dengan gerai menjual makanan tersangat lah jauh. Jadi, terpaksa lah tapau dengan rakan sekerja hari-hari. Bab duit poket pula, kadang-kadang tak berusik pon bahagian pocket money tu. So, tak perlu withdraw money again for next month. Just simpan diam-diam dekat bank.
  • So, yang selebihnya sekitar 18% - 20%.. Mieya simpan untuk kegunaan masa depan. Kekadang, Mieya culik sikit buat shopping online. hehehe
  • Tetapkan target simpanan korang setiap bulanMisalnya, target korang nak simpan RM1000 untuk membeli smartphone. So, mula lah simpan RM200 setiap bulan.
  • And baru-baru ini, my bro pinjam duit daripada akaun simpanan Mieya untuk membayar bayaran motor yang tertunggak. And he promise to settle it hujung tahun nanti. Jadi, ada lah nampak betapa bergunanya budaya menyimpan duit ni.


The most important point yang korang perlu ada ialah K O M I T M E N. Insyaallah sangat berkesan, kalau korang komited untuk menyimpan.

Sesungguhnya, reziki itu adalah nikmat daripada Allah SWT agar kita lebih bersyukur dan gunakan ke jalan yang betul. Till then, jumpa lagi next entry !


Jangan Terlalu Bergantung Pada Orang Lain

Assalamualaikum wbt :)

Apa yang Mieya pelajari sepanjang 5 bulan lebih bekerja nie ialah...


Jangan terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 

Misalnya, pada awal sewaktu Mieya mula-mula bekerja dulu, Mieya tak cekap menggunakan Microsoft Excel atau lebih tepat lagi, zero knowledge about EXCEL. Mieya cuba juga belajar perkara asas yang wajib tahu. 

And alhamdulillah, sekarang ni tak ada masalah langsung sama ada nak buat stock listing, paperwork, and baru-baru ni Calendar for 2014. Kekadang, Mieya turut membantu staff lain dalam menyiapkan paperwork. Yeah, saling bantu-membantu. Itulah semangat berpasukan !

Tapi kalau betul-betul "blur", "lost" atau tak tahu nak buat apa.. Cepat-cepatlah cari mereka yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman untuk meminta pertolongan atau tunjuk ajar. Kena rajin bertanya. (sama je macam zaman sekolah dulu. Tak faham, tanya !)

Pernah ada suatu masa tu. Button nombor di kanan papan keyboard Mieya tak berfungsi. Bila diselidiki rupa-rupanya kena tekan Num Lock je. Cehhh, ingatkan keyboard rosak ke apa. -,-"

Dan baru-baru ini, bos suruh scan paperwork and then kena send via email kepada beliau. Terus Mieya pitam sekejap. hahaha takde lah. 

Actually, Mieya minta tolong Marketing Manager yang memang arif dalam bab komputer and gadget untuk ajar Mieya. Nasib lah otak Mieya ni cekap mencerna apa yang diajarkan. Terus je melekat step by step cara-caranya dalam kepala hotak.

So, lepas ini tak perlu lagi nak susah-susahkan orang lain untuk membantu menyelesaikan masalah kita. Ye la, orang lain pon ada jugak urusan lain yang perlu diselesaikan. Takkan lah hari-hari nak mengadap kita je kan? 


CPUV Ke 27 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Seperti yang dapat korang lihat dan baca  pada title post kali ini...

Ya, alhamdulillah.. Blog Mieya masih diberi peluang untuk menjalankan CPUV Campaign from Nuffnang. Serius, Mieya ingatkan dah takde rezeki dah (padahal sempat lagi jeling-jeling mata dengan adik Mieya) Jeles okey!

Alhamdulillah, setakat ini masih ada 3 CPUV campaign yang tengah running. Di mana salah satunya, merupakan campaign yang terbaru dari Nuffnang, iaitu THOR 2 GSC Partnership.


Thank you Nuffnang and my fellow readers. You're my sunshine ! Chewah ^_^

Biarpun semakin jarang aktif hari demi hari, tapi insyaallah jikalau berkesempatan.. Mieya pasti akan berkunjung ke blog rakan-rakan semua.


Bekerja Dengan Senang Hati

Assalamualaikum wbt dan selamat bekerja bagi yang bekerja :)

Sekarang ini, Mieya bersiaran langsung di ofis tempat Mieya mencari rezeki. Work hour start pada pukul 9, tapi seawal 7.50 pagi Mieya sudah menjejakkan kaki di ofis. Beginilah rutin harian Mieya setiap hari. Maklum lah, menumpang kenderaan dengan abang.

Maka, disebabkan Mieya merupakan antara individu yang datang paling awal sekali. Sudah menjadi kewajipan bagi diri Mieya untuk membuka pintu ofis. Kira macam Keyholder lah nie. hewhew

Seperti yang pernah Mieya ceritakan dahulu, semenjak kedatangan Manager baru. Skop kerja Mieya menjadi lebih universal (meluas). Kalau boleh, dari hal sekecil zarah sehingga lah hal sebesar bola.. semuanya kena ambil tahu. Lepas tu, paperwork kena check dengan teliti. Kena taip menggunakan bahasa dan juga dalam bentuk format yang betul dan tepat.

Okey. Semua kerja ini diselenggara dengan penuh kesabaran oleh Mieya berdua dengan rakan sekerja. Dua orang sahaja ye ! -,-"

And then, kena maklumkan masalah yang tak boleh diselesaikan dengan kadar segera kepada Manager. Contohnya, stok tak cukup ke, transport pilih barang mengikut kawasan ke, transporter tak datang ambil barang ke, dan yang seangkatan dengannya.

And what's impressed me is, kerja yang selama ini Mieya anggap sebagai satu bebanan. Tapi kini, sekadar angin yang lalu sahaja. Tak ada rasa nak marah, tak ada rasa tension, just relax je dan selesaikannya dengan mudah. Wow, amazing !

So, tak hairan lah kalau kekadang salesman belanja makan, bagi sedikit wang saguhati, manager happy, report daripada dealer semakin kurang dari hari ke hari. Alhamdulillah, moga-moga berterusan lah jawabnya.

Sekarang nie, Mieya sedang mencari idea untuk menyiapkan working kalendar beserta tarikh cuti khas untuk tahun 2014 nanti. Gila awal tak awal punya perancangan untuk tahun hadapan !

Contoh yang Mieya berjaya hasilkan :)

P/S : Tetiba terasa betapa cepatnya masa berlalu......!


Gila Shopping Online serta Tips

Assalamualaikum wbt :)

Lately, Mieya perasan bahawa nafsu shopping Mieya mula berleluasa semenjak bulan lepas lagi. Jika dikira-kira, hampir RM500 atau mungkin juga lebih dibelanjakan untuk tujuan shopping online sepanjang bulan Sept-Okt nie. Pheuw~

Lagi-lagi, bila segala-galanya mudah hanya di hujung jari sahaja. Dah reti guna online banking lah kata kan. So, tak payah nak bersusah-payah berjalan kaki, meredah panas terik, berhimpit di sana sini semata-mata nak membeli barangan kecintaan hati.

Sekarang, semuanya serba serbi mudah. Ditambah pula dengan mood mencuba sesuatu yang baru kian membara api semangatnya. Apa yang penting, kena berhati-hati dalam membuat sesuatu pilihan yang tepat, survey harga yang paling murah dan semestinya berkualiti barangan yang dijual. And then, check dengan teliti latar belakang penjual / customer's feedback agar tidak mudah tertipu.

And to be truth, Alhamdulillah, setakat ini Mieya tak pernah ditipu lagi oleh mana-mana pihak di luar sana. Syukur, minta-minta dijauhkan drpd semua tu. Mudah-mudahan, Amin !


Antara barang yang Mieya borong ialah tudung, preloved novel, produk kecantikan, supplement untuk diri sendiri and both my parents.

And insyaallah, later I will review one by one product I've ever used. Tak syok lah kalau kepam celah ketiak sorang-sorang pasal produk yang bagus @ tak yang semakin terlaris di pasaran kan? At least, dapat dijadikan sebagai inspirasi dan rujukan buat para pengguna di luar sana yang still ragu-ragu akan kesahihan mengenai sesuatu produk tu.

Macam Mieya, Mieya hanya akan stick pada sesejenis produk yang memberikan kesan yang bagus kepada tahap kesihatan diri. Jika sebaliknya yang Mieya terima, maka kita ucapkan selamat tinggal dan terus mencuba produk yang lain. hehehe


Kelebihan dan Manfaat Mengamalkan Ayat Kursi

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah SAW 
menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Antara syafaat dan manfaat yang didapati:
1. – Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.
2. – Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3. – Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4. – Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.
5. – Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.
6. – Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
7. – Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
8. – Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9. – Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah akan mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
11. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
12. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
13. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
14. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
15. – Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” Kursi; 225.

Salam Aidil Adha 1434H

Assalamualaikum wbt..

Disebabkan Mieya sekarang berada di ofis, maka entri kali ini hanya pendek, serta ringkas sahaja.


InsyaAllah, hari Selasa ini (15 Oktober 2013) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H, seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Qurban. Atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha.

Aidiladha adalah saat untuk merayakan semangat berkorban dengan harapan agar membawa kepada keampunan dan membentuk keikhlasan demi membina keteguhan keimanan.

Hanya sebaris kata maaf untuk menghapus semua salah dan khilaf agar hati kita bersih seperti terlahir kembali. Harapnya, tiada yang terasa atau terhiris dengan kata-kata yang terluah dari blog Mieya nie.

Selamat Aidil Adha buat seluruh umat Islam, semoga Raya Haji kali ini kita mendapat keberkatan dari Allah yang Maha Esa.

P/S : Mieya raya kat Petaling Jaya je. Yela, cuti cuma sehari sahaja. Mana nak sempat bercuti sakan.


Novel Suamiku, Encik Perfect 10!

Assalamualaikum wbt :)

Kerja makin hari makin banyak yang terpaksa dipikul dan terpaksa berhadapan pula dengan berbagai-bagai situasi setiap hari. Mahu tak mahu, kena juga cekalkan hati untuk menghadapinya dengan nawaitu bekerja ikhlas kerana Allah SWT. Sabar adalah kunci kepada segalanya.

Bila kepala hotak mula "cramp" dan "stuck" dengan pelbagai beban dan permasalahan. Maka, haruslah mencari bahan sampingan untuk kembali menceriakan mood dan hari yang mendatang. Jadi, tabiat membaca novel adalah yang paling sesuai sekali memandangkan hobi Mieya sejak azali lagi, ialah membaca.

Sinopsis Belakang Novel :




PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau ! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya nie." - Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang ! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." - Zarief Danial


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Daniel terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang." - Aleeya Azmeen


Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Ulasan Mieya :

Suka sangat dengan jalan cerita dalam novel ni. Garapan ceritanya membuatkan Mieya seronok membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. 

Sweet je si Encik Perfect 10! Sangat-sangat la caring dan loving gitu. Harus lah Aleeya terjatuh cinta kat Zarief kalau gini rupa perangainya! 

Encik Perfect 10 pada pandangan Aleya adalah beriman, baik, romantik, sensitif, kelakar, pandai masak, hormati orang tua, pandai memujuk, pandai merajuk dan sabar.

Mieya Paling suka part lakonan mereka tatkala berhadapan dengan Puan Yasmin. Kelakar habis! Semua benda pasal Aleya (dari luar ke dalam) disoal oleh Puan Yasmin kepada Zarief. Hasil lakonan Zarief Danial dan Aleeya yang cukup sempurna telah membuatkan ibu Aleeya, Puan Yazmeen sendiri tidak mencurigainya.  


P/S : Actually.. Mieya ada tiga buah novel yang sedang menanti untuk dibaca.

Tapi itulah...

Mood membaca dibadai ombak malas. 
Pesen kerja sekarang nak rehat sepuas-puasnya. Tak kira sama ada fizikal mahupun mental.
Errr... Maybe Blogging....????
Boleh gitu? 

Haishhh  ~,~

Bertegur Sapa Amalan Mulia

Assalamualaikum wbt dan hai semua :D

Mudahnya bila nak menyapa orang sekeliling kita. Dengan hanya senyum, atau memberi salam atau ucap selamat atau mungkin bertanya khabar atau apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita kepada orang lain.. Secara tak langsung, kita sudah menjalinkan tali persahabatan (ukhwah) dengan mereka di sekeliling kita. Bukan?

Hmm.. Lepas tu, mesti rasa macam ada yang tak kena kalau kita tak balas kembali senyuman, balas ucapan selamat dan salam atau apa-apa sahaja pertanyaan yang ditujukan khas kepada kita kan? Ya, thats me !

Walau tengah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berselerakan di atas meja, tension dengan tekanan dari pihak atasan, transporter, salesmen mahupun customer..

Mieya akan cuba mencari ruang dan masa untuk menjawab pertanyaan, dan seterusnya membantu menyelesaikan kekusutan yang melanda secara profesional. Hal-hal kecil seperti bengang, geram, sakit hati kita buang ke tepi dulu. Apa yang penting, segala tugasan yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan cepat, tepat dan hebat. (Moto baru company tempat Mieya bekerja. hehe)

Begitu juga lah dengan blogging, bertegur sapa merupakan antara amalan wajib buat bagi setiap blogger. Ramai yang menjadikan blog sebagai ruang bingkisan hati di kala duka dan suka. Dan, usually kebanyakan daripada mereka akan memaparkannya sebagai untuk tatapan umum.


Jadi, di sini komunikasi dua hala amat penting. "Make a blog , stretch your wings in the world" atau dalam erti kata lain, ciptalah sebuah cerita, dan sebarkannya ke seluruh dunia. Biarkan semua orang tahu, biarkan semua orang mendengar dan biarkan semua orang merasai dan menyelaminya sendiri jauh ke dasar hati mereka.

Cuma sekarang ini, Mieya kena lebih berusaha untuk memanfaatkan walau 5-10 minit yang terluang untuk singgah ke mana-mana blog, saling bertegur sapa dan kekadang kalau bernasib baik, dapat juga serap sedikit ilmu dan pengajaran untuk bekalan di masa depan. Sangat-sangat berguna.


CPUV Ke 26 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, pihak daripada OCBC Bank datang bertandang ke ofis tempat Mieya bekerja bagi memperkenalkan sekaligus mendaftarkan akaun bank bagi kami semua. 

Actually, pihak HR di main company di Penang telah pon sebulat suara memilih OCBC BANK sebagai bank pilihan bagi urusan kewangan para pekerja mereka. 

Seriously, Mieya sangat berpuas hati dengan terms and interest yang ditawarkan sama ada bagi pemegang Akaun Semasa mahupun Akaun Simpanan. Sungguh berbaloi-baloi dan sangat bersesuaian bagi individu yang baru merancang untuk menabung demi masa depan seperti Mieya nie.


Antara keistimewaan bagi pemegang akaun bank OCBC ialah :
  • Higher returns on your savings (Up to 3.00% interest a year on your savings)
  • Everyday conveniences (Access and manage your money)




  • Perform balance enquiries and withdrawals at over 10,000 ATMs nationwide




  • Perform various banking transactions through OCBC dedicated iQ Service Executives at Contact Centre, or via online banking and fax banking.
    • Pay bills& transfer funds online (Greater convenience with online banking)





    • Transfer funds within OCBC or to other banks, with no bank charges
    • Enjoy unlimited free online MEPS IBG transactions
    • Pay for utilities, assessments, telcos, satellite TV and much more

      • ATM Charges (Withdrawal for any other bank)



    • 4 FREE withdrawals per month. For the 5th and other subsequent withdrawals, RM1 will be applied.

    • Btw, selepas sahaja selesai urusan pengenalan dan pendaftaran bersama pihak OCBC bank.. Mieya terus buka Nuffnang, dan syukur alhamdulillah..


      Ada 1 lagi CPUV yang melekat di blog Mieya, iaitu dari Chipsmore (Oct).. Lalu menjadikan 5 CPUV Campaign yang sedang aktif di blog Mieya. Alhamdulillah, maybe rezeki tertinggal beg dompet kelmarin. huhu

      P/S : Tahulah Mieya sekarang nie dah macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Tenggelam timbul tak kira masa. Aisyeh! Diharapkan korang jangan jemu untuk singgah ke blog Mieya selalu :)


      Tertinggal Beg Dompet

      Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

      Pejam celik.. Pejam celik dah pun hari Sabtu. Hari ini, Mieya tinggal berempat sahaja dengan abah dan dua orang abang di rumah. Manakala emak dan adik Mieya, sudah pon berada di rumah makcik (di Bukit Cherakah) yang mengadakan kenduri kahwin anaknya.

      Minggu ini, Mieya cuma sempat menaip 2-3 entri sahaja. Blogwalking pon sekadar yang termampu sahaja. Bukannya memilih bulu atau apa, tapi faktor persekitaran yang menjadi penghalangnya.

      Hari ini.. adalah hari yang paling men-down-kan Mieya. Sebabnya... errr, beg dompet Mieya tertinggal di ofis. Entah tak boleh digambarkan betapa careless nya Mieya hari ni.


      Serius, Mieya dah macam orang sasau serta mati kutu disaat ini. Dah lah duit, kad pengenalan, kad bank semua sekali dalam tu. Mieya cuma perasan akan 'kehilangan' beg dompet Mieya bila ingin keluar untuk membeli makanan.

      Dah lah jarak antara ofis dari rumah memakan masa 30 minit perjalanan. Jauh okey, dari Jalan Klang Lama ke Kampung Baru Subang! Jadi, nak tak nak terpaksa lah menunggu sehingga ke hari Isnin nanti untuk mengambil semula dompet Mieya. huhuhu

      Ini pun, hati bercampur baur, rasa macam ada yang tak kena bila keluar tanpa kad pengenalan. Umpama macam warga asing / pesalah besar pulak. Dah lah sekarang nie, musim road-block.

      Nervous nie weyh !

      CPUV Ke 25 Dari Nuffnang 2013

      Assalamualaikum wbt semua :)

      Kelmarin, seharian Mieya langsung tak menunjukkan diri sama ada di blog sendiri mahupun di blog rakan-rakan sekalian. Bukannya Mieya berniat nak menyombongkan diri.

      Semuanya gara-gara Mieya diserang sakit perut, cerry-berry, serta demam (panas dalam). Sekali datang lengkap dalam satu pakej, All in One. Dan apa yang paling mengharukan, semua ini berlaku pada waktu bekerja around 1-5 o'clock. (Waktu puncak bagi semua pekerja macam Mieya)

      At last, terpaksa minta bantuan daripada rakan sekerja untuk menyambung kerja sebagai checker. And Mieya, menyepikan diri di pantry. Badan dah menggigil satu badan. Tambah-tambah lagi bila bekerja di bawah air cond. Perghhh Giler.

      Balik rumah, telan panadol and then terus tidur -.-" Btw, alhamdulillah. Kesihatan mula beransur pulih. Cuma perut masih lagi sakit sedikit.


      Buka sahaja dashboard Nuffnang di ofis pagi tadi, terpandang akan kehadiran CPUV Campaign terbaru. Syukur alhamdulillah. Rezeki di awal bulan.

      CPUV Campaign kali ini, iaitu Q3 New Hotlink Plan. Semestinya pengguna setia Hotlink seperti Mieya takkan melepaskan peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang diberikan seperti akses Twitter secara percuma, akses internet RM2 untuk kuota 100MB sehari, tukar lagu bagi caller ringtone setiap bulan. hehe.. ini memang aktiviti wajib buat lah.



      Alhamdulillah, 2nd Cash Out ChurpChurp Tercapai

      Assalamualaikum wbt :)


      Baiklah. Hari ini bersamaan dengan 30 September, merupakan hari terakhir dalam bulan September ini. Biasanya di hujung bulan sebegini, merupakan hari paling sibuk buat blogger yang menjadikan blog sebagai salah satu platform untuk  menjana pendapatan sampingan.

      Salah seorang daripadanya ialah Mieya.. Meskipun, earning dari akaun Nuffnang masih belum cukup untuk dikeluarkan. Tapi alhamdulillah, masih ada lagi rezeki lain yang beerpihak kepada Mieya. Seperti Churpchurp nie.


      Ini hasil wang terkumpul daripada tahun lepas. hehe See? Agak slow giler nak tunggu tempoh matangnya. Sebabnya, Mieya jarang ada masa khusus untuk berkempen di media sosial.

      So, kepada mereka yang belum mendaftar churpchurp korang boleh je register kat sini dan start sebarkan iklan untuk kaut earning yang maximum :) Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mempromosikan iklan di halaman masing-masing. So good luck k :)